`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, May 25, 2014

Porcine dalam coklat cadbury berkat sijil halal JAKIM

logo halal di sebelah kiri 
Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan keputusan analisis sampel dua produk coklat - Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk dan Coklat Susu dengan Buah Badam dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond oleh Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd mengandungi DNA babi (porcine).

JINGGA 13 Malaysia mendesak agar satu tindakan DRASTIK wajar diambil oleh semua pihak berwajib khususnya JAKIM dan Kementerian Kesihatan Malaysia terhadap kebiadaban dan tidak bertanggungjawab Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd menggunakan bahan yang HARAM oleh umat Islam tersebut melalui tindakan undang-undang.

JINGGA 13 Malaysia juga mendesak agar pihak JAKIM menarikbalik Sijil HALAL yang telah dikeluarkan kepada Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd serta membuat kajian semula terhadap kesemua produk-produk syarikat tersebut.

Tindakan Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd menggunakan DNA babi (porcine) dalam produk cokelat susu tersebut benar-benar mencabar sensitiviti umat Islam dan seharusnya tidak berlaku.

Produk tersebut bukan sahaja perlu ditarik balik serta merta tetapi turut menyeru umat Islam di seluruh Malaysia MEMBOIKOT sebarang pengeluaran produk oleh syarikat tersebut yang ternyata tidak menghormati emosi dan sensitiviti umat Islam di Malaysia dengan menggunakan bahan yang diharamkan bukan sahaja memakan, malah menyentuh juga adalah haram.

JINGGA 13 Malaysia mendesak pihak JAKIM dan Kementerian Kesihatan Malaysia bertindak serius dan bukan sekadar 'melepaskan batuk di tangga' semata-mata tanpa satu tindakan setegas-tegasnya terhadap Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd serta mana-mana syarikat yang didapati menggunakan DNA babi dlm produk-produk mereka.

JINGGA 13 Malaysia memberi tempoh SEMINGGU (7 hari) daripada hari ini kepada Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd untuk menarik balik dua produk cokelat susu tersebut daripada pasaran di seluruh Malaysia.

JINGGA 13 Malaysia juga akan turut memantau tindakan oleh pihak JAKIM dan KKM dalam menangani isu tersebut.

muafakat*prihatin*berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.