KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Dato’ Law Choo Kiang mengutuk sekeras-kerasnya insiden serbuan samseng Umno dan Perkasa ke dalam dewan ketika sidang berlangsung.
Beliau juga mendesak agar polis segera menyiasat insiden memalukan itu agar ia tidak berulang lagi pada masa akan datang.
“Saya ingin mengutuk sekeras-kerasnya dan menyatakan kekecewaan saya di atas insiden pecah masuk beberapa perusuh ke dalam Dewan tadi. Perkara ini tidak pernah berlaku sepanjang sejarah negeri, malah mencemarkan sejarah politik negara.
“Saya dengan tegas mahu insiden ini disiasat segera oleh polis demi memastikan keselamatan perjalanan sidang DUN akan terus terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.
Sebentar tadi, sekumpulan samseng Umno dan Perkasa Pulau Pinang menyerbu masuk ke dalam DUN, menyebabkan sidang tergendala.
Kumpulan itu termasuk Mohamed Gani Abd Jiman atau lebih dikenali sebagai ‘Gani Komtar’, yang terkenal dengan hadiah ‘kek tahi’ kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng tiga tahun lalu.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR Bukit Tambun itu juga menggesa polis mengadakan kawalan keselamatan di pintu masuk bangunan DUN serta-merta sehingga sidang berakhir.
Dengan Nama Allah SWT
ReplyDeleteTolong buat repot Polis dulu barulah pihak PDRM akan siasat . Polis hanya akan ambil tindakkan jika ada repot jadi buat lah repot polis . Tak ada ke ahli Pas , ahli Dap dan ahli PKR buat repot polis perihal pencerobohan ini ??? Kalau boleh kesemua ahli Pakatan Rakyat di Pulau Pinang buat repot Polis . Barulah kita nilai intergeriti Pihak PDRM tentang insiden ini