`
THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
Saturday, May 10, 2014
Wajah pemain JDT yang kebas RM500 duit rakan sepasukan
Sebelum ini media melaporkan tentang seorang pemain bolasepak JDT mencuri duit rakan sepasukan.
Pemain yang dimaksudkan iaitu Muhammad Hadin Azman yang didakwa mencuri wang RM500 milik Mohd Asraruddin Putra Omar di bilik persalinan pemain ketika perlawanan berlangsung di Padang Bola Seri Gelam pada 8.30 malam, 1 April lalu.
Selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan, Hadin mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Mohd Azlan Shah Mohd Allias. Pemain berusia 20 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan jika didapati bersalah akan membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.