`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, March 9, 2016

GUANE NI TUAN GURU, PECAT DR HASAN ALI BOLEH PULAKK?

Berkata-katalah Presiden Pas, Hadi Awang yang sekarang sudah pandai memakai baju berwarna merah jambu, bukan lagi hijau seperti zaman dulu-dulu bahawa Islam tidak menggalakkan memecat pemimpin, sebaliknya hanya perlu membetulkan mereka.

"Budaya pecat pemimpin tidak digalak dalam Islam. Islam tak galak pecat pemimpin, perbetul boleh.

"Kita kena sabar memperbetulkan pemimpin," katanya ketika berucap di Parlimen.

Ehh...ehh...cantiknya kenyataan ini dan jika ada markah yang patut diberikan, sudah tentu boleh diberi lima bintang tanda "cemerlangnya" Hadi kebelakangan ini.

Dalam masa yang sama, sudah tentu yang paling gembira mendengar kenyataan Hadi itu ialah Najib Razak sendiri.

 Makna kenyataan itu sangat jelas bahawa Pas tidak akan setuju dengan sebarang usaha untuk menyingkirkan Najib, malah akan terus bersabar dengan segala macam karenah dan onar dalam kepimpinan Perdana Menteri yang bukan lagi rahsia kepada seluruh dunia.

Tetapi, ingin juga ditanya kepada Hadi Awang, tidakkah beliau lupa bahawa Najib jugalah yang mengetuai gerakan "memecat" Menteri Besar Perak dari Pas, Nizar Jamaluddin pada tahun 2009 dahulu?

Jika benar Islam tidak menggalakkan pemecatan pemimpin, bagaimana sekarang beliau boleh berkawan rapat dengan "ketua gerakan pecat-memecat" itu?

Lebih dari itu, dalam UMNO sendiri Najib juga sudah melakukan banyak pemecatan dan penyingkiran bagi tujuan mengekalkan kuasanya.

Tidakkah Hadi terasa "geli" ketika berbaik-baik, duduk-duduk  berdekatan atau semasa ketawa-ketawa bersama Najib?

Selain itu, kiranya benar Pas mengamalkan pendekatan membetulkan pemimpin atau dalam kata lain hanya memberi teguran, ingin juga ditanya, sudah berapa kali beliau cuba "memperbetulkan" Najib berhubung isu 1MDB dan wang berbilion-bilion yang diakui Perdana Menteri sendiri masuk ke akaun peribadinya?

Atau apa yang berlaku Najib yang sekarang sudah bergelar "bilionwan" itu yang sebenarnya sudah berjaya "memperbetulkan" Hadi Awang untuk condong kepadanya?
Satu perkara lagi sebelum terlupa dan kiranya Hadi Awang tidak lagi mengingatinya, bagaimana dengan Pas sendiri yang pernah memecat Dr Hasan Ali sebelum ini?

Kenapa dipecat? Kenapa tidak sekadar ditegur atau bersabar saja dengan karenah-karenah yang ditimbulkan oleh Dr Hasan Ali?

Guane ni Tuan Guru? (SH).

1 comment:

  1. jd mmg ssh la nk pecat org tua ni dr jawatan pesideng die ...jijik la aku dgn die ni... die sendiri da sama taraf ngn penyamun ....org2 pas bile lg nk buat usul halau die kluar Dari pas .... da la rakyat tgh panas ..die lg kasi panas ... sape2 buat la kempen petition suruh hadi berambos ... tgk apa jadi ...biar die trsungkur ...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.