`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, May 1, 2017

Farouk A. Peru: Dr Maza Menampakkan Kebiadaban dan Rasisme

Rupanya Dr Maza terlibat kontroversi lagi, kontroversi yang tidak memberi manfaat kepada sesiapa pun, Islam atau bukan Islam, kucing atau anjing,  kuih talam atau putu piring.  Just a waste of time.  

Tidak sampai dua minggu saja sesudah tersiar pantun kurang sopan beliau kini Dr Maza membuat video pula yang menggunakan kalimah 'paria'.

Anda boleh melihat  Dr Maza sendiri dalam video berikut :   

https://www.facebook.com/myindianforum/videos/1351975368222873/

Saya harap video itu masih ada dan tidak dipadamkan.

Ekoran daripada video kontroversi itu yang tersiar ke seluruh dunia, beberapa orang telah memberi pendapat mereka Online termasuk Farouk A Peru, seorang 'Islamologist' yang berasal dari Malaysia yang menetap di London.

Yang berikut adalah ulasan Farouk di laman 'Menyelamatkan Malaysia'. 






Agamawan-agamawan Islam di Malaysia adalah orang yang pada kebiasaannnya amatlah keliru. Pemikiran mereka lazimnya amat singkat jadi mereka tidak dapat membezakan di antara Islam dan ideologi taghoot rasisme Melayu. Kadang-kadang dalam satu ucapan pun, mereka akan melantun di antara Islam dan rasisme Melayu. Inilah yang akan terjadi apabila kita menyekutukan Islam dengan ajaran anti-Islam.

Mufti Perlis, Dr Mohamed Asri Zainal Abidin (Maza) dikenali sebagai orang yang amat rasional dalam pemikirannya. Saya pernah membandingkannya dengan Muhammad Abduh, reformis salafee dari kurun ke 19. Tapi sekarang, Maza semakin menampakkan kesempitan dalam memberi hujah. Dia sudah mencampurkan ajaran rasisme Melayu dengan ajaran Islam Wahabinya.

Dalam ucapan ini, Maza melahirkan perasaan negatif kepada Hindraf. Kritikan yang membina itu perkara baik tetapi logik Maza dalam kes ini amatlah gagal. Dia mengatakan bahawa kehidupan di India amatlah daif. Dia pernah nampak orang tidur di kaki lima jalan. Orang India di Malaysia yang dibawa masuk Inggeris adalah daripada kasta terbawah iaitu ‘kasta paria’, katanya lagi. Maka mereka harus bersyukur kerana hidup mereka di Malaysia adalah ‘1000 kali lebih baik’ daripada kehidupan mereka di India. Agama Islam bukan begitu, katanya lagi.

Kesempitan logik Maza di sini amatlah sedih.

Pertama, bagaimana Maza melihat India? Tidakkah Maza tau yang orang-orang terkaya di dunia juga termasuk orang India. Mereka bukan selalu daripada kasta teratas. Bagaimana Maza tau yang orang India Malaysia tidak boleh maju jika mereka masih di India? Orang India di Malaysia telah masuk pelbagai bidang dan telah banyak maju. Mungkin kalau bebas daripada ideologi taghoot Ketuanan Melayu, mereka boleh terbang lebih tinggi! Maza seorang tukang tilik yang amatlah serong.

Kedua, Maza lupa yang di tanah suci Islam sendiri, terdapat orang yang hidup penuh kemiskinan. Mungkin orang Malaysia dapat menunaikan haji dan umrah dalam kemewahan, tetapi banyak negara lain tidak boleh. Mereka terpaksa mengemis untuk makan dan terpaksa tidur di kaki lima sahaja. Adakah ini salah agama Islam? Atau pun kerajaan Wahabi Saudi yang lebih suka menghabiskan dana mereka di Barat untuk keseronokan mereka!

Bukan sahaja itu, negara-negara Islam amatlah ketinggalan berbanding India yang telah banyak maju dari segi pembanguan sains dan teknologi. Islam secara idealnya tiada kasta tetapi secara praktisnya, memang banyak pengkastaannya. Tanyalah pekerja-pekerja asing yang beragama Islam di negara Arab dan tengoklah sendiri.

Jadi beginilah seorang ulamak yang begitu sempit pemikirannnya. Dia lebih kepada pemikiran berpuak daripada pemikiran yang memberi analisa yang adil.





Ok itulah pandangan Farouk. 

Pertama sekali ramai peminat Dr Maza dari kalangan middle class dan atasan merasa terkejut juga dengan cara beliau yang kasar dan 'low class'.  

Seorang itu berkata, "Such a shame that Maza is so inconsistent.   After that stupid poem we .. .. . are distancing ourselves from him."

Mereka terkejut dengan personaliti "rimau jadian", siap dengan taring dan belang.  

Bagi saya ini adalah isi dan kuku dengan falsafah hidup yang mengatakan 'kita tidak boleh menggunakan akal dalam semua perkara'.  I am not surprised.

Anyway, selepas isu 'paria' ini pula,  mungkin Dr Maza akan dijemput menjadi  'Ahli Terhormat'  NGO-NGO perkauman, parti politik agama atau kumpulan ekstremis tertentu.  You certainly qualify now. 
Ok sekarang sekali lagi, menyentuh beberapa kesilapan atau kesalahfahaman.  

Kasta atau memecahkan masyarakat ikut "darjat sosial" bukan khusus kepada orang Hindu sahaja.

Masyarakat Jepun amalkan sistem kasta sehingga abad ke 20. Sila Google 'Caste system in feudal Japan'.

Al Quran juga menceritakan tentang Firaun yang telah memecahkan masyarakatnya menjadi syia'an atau berpuak-puak (kasta juga).




Surah 28:4  Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di atas bumi dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak (syia'an). Ia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia dari golongan yang membuat kerosakan.

Beberapa penterjemah bahasa Inggeris menggunakan perkatan 'caste'  atau kasta.

Contohnya :

Muhammad Asad   - Pharaoh exalted himself .  ..  . and divided its people into castes (syia'an).

Muhammad Pickthall   -  Pharaoh exalted himself . . and made its people castes (syia'an). 


Orang Yahudi silam pun boleh dikatakan berkasta terutama sekali dengan kasta 'Cohen' dan 'Levi' ia itu kasta paderi atau sami agama. Sehinggakan nama 'Cohen' dan 'Levi' menjadi nama keturunan (family name) bagi sebahagian orang Yahudi.

Memecah masyarakat mengikut 'darjat sosial' yang kemudian menjadi kekal bukan ciptaan orang Hindu sahaja. 

Sistem berkasta ini langsung tidak dibenarkan dalam al Quran.  

Tetapi terdapat juga umat Islam di India yang amalkan sistem berkasta, terutama sekali di bahagian utara India.   Sila cari dalam Google sahaja  "Caste among Indian  Muslims".  


Kita aka menjumpai banyak laman web tentang kasta di kalangan orang Islam di utara India YANG TIDAK DIKENALI OLEH ORANG HINDU PUN ! !


Maksudnya sebahagian orang Islam di India telah mencipta kasta baru yang menggunakan istilah Arab.  Contohnya  kasta Ashraf, kasta Ajlaf, kasta Razil, kasta Kamin dan sebagainya.


Contoh lagi sila cari dalam Google "The Ashraf Ajlaf divide".    Atau tanya saja  Zakir Naik.

Saya sendiri pernah jumpa orang India beragama Islam keturunan Punjabi yang pernah bercakap tentang  identiti kasta mereka.  

Walaupun kasta di kalangan orang Indian Muslim  tidak sebegitu  kritikal  seperti di kalangan oang HIndu, tetapi kasta tetap kasta juga.  

Satu lagi perkara ialah bukan semua orang yang tidur di tepi jalan di India itu orang Hindu. Sudah tentu terdapat orang Islam juga yang tidur di tepi jalan. Tetapi saya pun tidak faham apa relevan menyebut perkara itu?  

Mengikut pengkaji sosiologi kasta itu mempunyai kaitan juga dengan sistem feudal.

Cuba cari Google :  'Feudalism and caste'.  Terdapat banyak hujah pro dan kontra tetapi  kaitan antara sistem feudal dan kasta tidak boleh dinafikan. 

Dan sistem feudal tidak asing di rantau kita juga.  Apakah kita sudah lupa "hamba yang pacat dan hina"?

Di sini ada beberapa ayat Al Quran yang patut jadi bimbingan :

Surah 24: 15   Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi Allah adalah perkara yang besar.
 

[24 : 16]  Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: "Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau ! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan". 

[24:17]   Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman. 


Tidak baik bagi kita menyebarkan fitnah, berita dusta, berita palsu atau perkara yang kita tidak memahami atau mengetahui kebenarannya, secara sedar atau tidak sedar.

Tentu sekali 'kasta' itu satu pendustaan dan satu fitnah terhadap manusia.  Tidak perlu kita mengulangi perkara yang dusta. What is the end result that is desired ?  

Tetapi kenapa semua ini boleh berlau? Kenapa Dr Maza boleh tergelincr daripada landasan? 

Semua ini terjadi sebab kurang peka dengan kes seorang banduan (fugitive) yang lari daripada ditangkap oleh Polis untk dihadapkan ke mahkamah di India.  Itu saja. Tuduhan mereka tiada kaitan dengan isu 'tidak boleh menggunakan akal dalam semua perkara'.  Sudah tentu tuduhan mereka berasaskan bukti kukuh menentang jenayah  money laundering.  Ini isu jenayah.  Dan tempat untuk putuskan jenayah ini adalah di mahkamah. Tetapi kalau orang itu TIDAK MAHU dihadapkan ke mahkamah apa gunanya kita berceramah berkenaan keadilan, kehakiman, undang-udang dan sebagainya? Hypocrisy.  

Lebih baik bagi  Dr Maza menjauhi kontroversi yang berkaitan dengan Zakir Naik. Beliau kurang jelas akan isu ini.  

Akhir kalam,   ahli agamawan kita bukan bertaraf antarabangsa - mereka tidak menghasilkan sebarang karya yang dibaca atau diikuti oleh sesiapa pun selain daripada pengikut setia mereka.  Selagi wujud konsep  "tidak boleh menggunakan akal dalam semua perkara"   maka selama itulah akan wujud jaguh kampong yang   'tidak menggunakan akal dalam semua perkara".

Di sini ada sedikit pantun juga : 

Bulan purnama terang indah
Pak Lebai murung di tepi kali
Datang bermain  si anak gajah
Dibaham si Lebai dengan ekor sekali

Bergurau saja ok.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.