`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, July 1, 2017

Makcik ini makan coklat Appollo untuk tahan lapar di Hari Raya

KETIKA kita sedang bergembira di Hari Raya Aidilfitri, ada insan yang kurang bernasib baik sedang berkira-kira untuk membeli coklat Apollo bagi mengalas perut yang lapar sehingga ke malam hari.


Kisah itu dikongsikan oleh Syafiq Rasidi, seorang guru dari Jeli Kelantan melalui salah satu kiriman di akaun Facebook miliknya.

Menurut Syafiq, beliau bertemu dengan seorang wanita tua pada petang menjelang maghrib 27 Jun 2017 (Hari Raya ketiga) di sebuah kedai runcit. 

Makcik itu dakwanya telah mengambil tiga bungkus coklat Apollo sebelum dilihat kebimbangan ketika menanyakan harga coklat tersebut.

Syafiq kemudian bertanya kepada wanita itu, 

"Makcik nak apa-apa lagi, ambillah, tak payah tanya harga saya bayar," tulis Syafiq menceritakan semula detik kejadian itu.

Apa yang membuatkan jiwanya tersentap apabila makcik itu kemudian memintanya kalau boleh untuk dibelikan beras.

"Makcik dengan nada perlahan dan sayu, kalau boleh makcik nak beras,"

"Allah tersentap jiwa, dalam hati, sah Apollo dia beli untuk bertahan perut makan malam," tulis Syafiq.

"Tak apa makcik ambillah yang mana makcik nak, gula dan minyak dah ada?" kata Syafiq lagi.

Makcik itu pun terus pergi mengambil gula dan minyak, sebelum mengucapkan terima kasih, 

"Hanya tuhe (tuhan) boleh membalas," kata makcik itu membuatkan Syafiq merasa sekali lagi jiwanya tersentap dan sebak.

Ditambah dengan linangan air mata wanita tua itu, membuatkan hatinya turut menangis. 

Sebelum keluar dari kedai tersebut, Syafiq sempat menghulurkan duit raya dan mengucapkan ucapan "Selamat Hari Raya, semoga Allah mudahkan makcik,"

"Siapa sangka pada hari raya ketiga, masih ada insan yang juadah malamnya hanya Appollo dan beras pun tiada. Allah, satu tarbiyah jiwa, terima kasih Allah," 

"Kita Raya bukan kita seorang nak gembira, jenguk-jengukk juga rumah usang tak cukup berperasangka baik sahaja, pesanan untuk diri sendiri," tulis Syafiq mengakhiri kirimannya.


-milosuam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.