`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, July 4, 2017

APA KATA KHAIRY? : TUDUHAN DOJ TIDAK BERASAS CUBAAN BURUKKAN PM – NAIB KETUA PEMUDA TERENGGANU

KUALA TERENGGANU – Mana-mana pihak tidak seharusnya terus mempergunakan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan tujuan untuk menjatuhkan imej kerajaan dan pemimpin negara demi kepentingan politik sempit.
Naib Ketua Pemuda Umno Terengganu, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, tuduhan terhadap Najib sebagaimana dimainkan beberapa pihak yang mengaitkan pemimpin itu dalam kes saman Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat langsung tidak berasas sama sekali.
Beliau berkata, isu mengaitkan nama Perdana Menteri tidak sepatutnya timbul lebih-lebih lagi kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali sebelum ini yang menegaskan bahawa Perdana Menteri tidak dinamakan sebagai defendan atau terlibat dalam sebarang salah laku dalam tuntutan sivil difailkan DoJ.
“Perkara ini tiada kaitan dengan nama Perdana Menteri, jadi sudah tiada isu. Tiada kena mengena dengan kerajaan, dengan Datuk Seri Najib. Yang digembar-gemburkan itu kerja dia (pembangkang) untuk ‘spin’ dan kelirukan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di majlis hari raya di Chendering, di sini.
Beliau menjelaskan bahawa pihaknya turut memainkan peranan dalam usaha ‘meneutralkan’ semula isu itu berikutan pembangkang terus mengeruhkan keadaan dan memainkan isu bagi mengikis kepercayaan rakyat terhadap Najib, kerajaan dan juga Umno-BN.
Menurutnya, penyampaian maklumat khususnya melalui aplikasi WhatsApp dan media sosial diberi peranan dalam memastikan orang muda mendapat berita yang tepat dan tidak terpengaruh dengan satu sumber.
“Kita terima penerangan dan infografik dan kita sebarkan kepada ahli-ahli melalui kumpulan WhatsApp bahawa Perdana Menteri tiada kaitan dengan isu yang dibangkitkan. Jadi pihak kita telah buat penjelasan dan hebahkan supaya tidak keliru.
“Cuma apa yang penting kita perlu teliti kerana bimbang ada isu-isu lain pada musim (dekat dengan pilihan raya) begini, lebih banyak yang akan dibawa (pembangkang),” katanya.
Beliau bagaimanapun tidak menolak isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan terus dimainkan sekalipun pihak kerajaan telah menjelaskan isu tersebut sejak sekian lama.
“Isu 1MDB (dimainkan) dari awal hingga sekarang. Kalau benda ini jadi isu, memang tidak peliklah tetapi saya rasa perkara ini tidak akan menjadi benda yang besar kepada rakyat,” katanya.
– SH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.