`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

Thursday, July 20, 2017

Jamal Yunos, ‘Wan Azizah’ naik MRT untuk ke Penjara Sungai Buloh

Ia selepas pembukaan laluan ke-2 MRT dikaitkan dengan Anwar Ibrahim dan keluarganya.
4SUNGAI BULOH: Datuk Seri Jamal Yunos sekali lagi tampil dengan gimik terbaharu, kali ini membawa “mock-up” Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menaiki MRT ke Sungai Buloh kononnya untuk menziarahi suami presiden PKR itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh.
Jamal-Yunos3“Tq PM kerana menyediakan perkhidmatan MRT dari Kajang ke Sungai Buloh. Mudah la Kak Wan menziarahi suami Kak Wan di Sungai Buloh,” menurut tertera di “mock up” itu.
Susulan perasmian fasa ke-2 laluan MRT Kajang-Sungai Buloh Isnin lalu, anak sulung Anwar, Nurul Izzah Anwar, secara berseloroh memuat naik ucapan terima kasih kepada perdana menteri kerana memendekkan perjalanan menziarahi ayahnya di Penjara Sungai Buloh.
Nurul dipercayai menjawab kiriman Twitter Datuk Seri Najib Razak sehari sebelumnya.
“Bermula esok, perjalanan untuk melawat kenalan di Sungai Buloh dari Kajang akan menjadi lebih mudah dan selesa! #JomNaikMRT,” katanya.
Wan Azizah merupakan Adun Kajang, manakala Anwar kini menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh.
Jamal-Yunos2
Jamal, yang juga ketua Umno Sungai Besar, hari ini tiba Stesen MRT Kajang kira-kira jam 10.45 pagi, lengkap berbaju Melayu. Beliau dan penyokongnya sampai di Stesen Sungai Buloh sejam kemudian.
“Jom kita pergi melawat suami tercinta di rumah Sungai Buloh ye,” kata salah seorang penyokong. -FMT

No comments:

Post a Comment