`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, July 2, 2017

SATU LAGI TAWARAN MENARIK SETELAH UMNO TUMBANG

Akta Cukai Pelancongan 2017 yang telah diluluskan Parlimen dengan begitu tergesa-gesa pada jam 4.57 pagi, 6 April 2017 selepas perbahasan hampir 3.5 jam sekali lagi membuktikan Putrajaya gagal merangka dasar yang prihatin terhadap realiti ekonomi rakyat terbanyak masa kini.
Malah kekalutan yang timbul dari pengumuman dan kemudiannya penangguhan pelaksanaan cukai ini oleh Menteri Pelancongan, DS Nazri Aziz, akibat bantahan dari Kerajaan Negeri Sarawak membuktikan tiada penyelarasan dan perancangan rapi sebelum penguatkuasaan akta ini diumumkan. Malah Ahli-Ahli Parlimen BN dari Sarawak sewajarnya membangkitkan bantahan rakyat Sarawak terhadap cukai pelancongan ini semasa perbahasan RUU tersebut pada sidang parlimen yang lalu.
Kegagalan Putrajaya juga kelihatan akibat tindakan Kerajaan Negeri Sarawak menarik diri dari Lembaga Pelancongan Malaysia, yang merupakan satu petanda politik buruk buat Barisan Nasional.
Setelah meneliti respon pelbagai pihak terhadap isu ini termasuk dari kalangan pengusaha industri pelancongan dan perhotelan, orang awam, analisa pakar serta pimpinan KEADILAN termasuk KEADILAN Sarawak, serta mengambil kira bahawa cukai ini bakal menambah beban yang ditanggung rakyat akibat GST, saya mengumumkan bahawa KEADILAN menolak pelaksanaan Akta Cukai Pelancongan seperti yang sedia ada.
Pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang akan datang, saya akan mencadangkan agar Akta Cukai Pelancongan ini dimansuhkan sekiranya Pakatan Harapan membentuk Kerajaan Pusat pada Pilihanraya Umum ke-14 nanti.
Saya juga akan mencadangkan agar Pakatan Harapan mengkaji langkah-langkah yang boleh diambil untuk membantu mengukuhkan industri pelancongan, termasuk menggubal suatu akta baharu yang bukan sahaja adil kepada industri pelancongan dan orang ramai, tetapi saksama dan telus di dalam pengagihan dana yang dikutip kepada negeri-negeri.
Insiden-insiden yang berlaku sekitar pengumuman pelaksanaan Akta Cukai Pelancongan 2017 ini seharusnya menjadi pengajaran buat Menteri Pelancongan dan Putrajaya. Seharusnya sesuatu rang undang-undang itu diberikan masa secukupnya untuk dibincang oleh semua pihak yang berkepentingan serta melalui proses jawatankuasa parlimen yang khusus, dan bukannya dibahas dengan begitu tergesa-gesa seperti yang berlaku pada awal pagi 6 April lalu.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang, Parlimen Malaysia
Presiden KEADILAN
Ulasan Blog – Setelah sebelum ini mengumumkan janji sifar GST, penghapusan cukai pelancongan ini merupakan satu lagi tawaran menarik yang dijanjikan Pakatan Harapan jika mereka berjaya mengambil alih kerajaan selepas pilihanraya umum akan datang.
Adakah penghapusan beberapa cukai ini sesuatu yang mustahil?
Sudah tentu tidak!!
Sebabnya ialah kerana Pakatan Harapan berjuang untuk rakyat dan tidak ada sesiapa di antara mereka yang ingin mengumpul kekayaan peribadi yang melampau, memiliki wang beribu juta dalam akaun peribadi atau ada isteri yang suka bermewah dengan perhiasan yang mahal-mahal.
Jika semua elemen-elemen buruk itu tiada dalam Pakatan Harapan, tiada masalah sebenarnya untuk mengembalikan semula hasil kekayaan negara ini kepada rakyat yang memerlukannya.
Lihat saja di banyak negara lain di mana antara sebab insentif dan kebajikan rakyat dapat diutamakan ialah bila pemimpin, isteri atau ahli keluarga mereka tidak rasuah, tidak bermewah dan hidup dalam serba sederhana serta seadanya saja.
Bila pemimpin dan keluarganya suka bermewah, rasuah dan keghairahan memiliki ribu-ribu juta dalam akaun peribadi lebih diutama, apa lagi, rakyatlah yang akan dijadikan mangsanya.
– http://shahbudindotcom.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.