`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, June 27, 2021

Leka berjudi, 6 lelaki termasuk pemimpin bahagian politik ditahan

 

Ketua Polis Daerah Tapah Wan Azharuddin Wan Ismail berkata pihaknya turut merampas daun terup dan wang tunai berjumlah RM1,774. (Gambar Facebook)

IPOH: Polis menahan enam lelaki termasuk seorang pemimpin bahagian sebuah parti politik yang sedang leka bermain judi poker di sebuah rumah di Taman Tapah Indah dekat Tapah, semalam.

Ketua Polis Daerah Tapah Wan Azharuddin Wan Ismail berkata hasil maklumat orang awam, keenam-enam lelaki berusia 38 hingga 56 tahun ditahan dalam serbuan pada pukul 10 malam tadi.

“Turut dirampas dalam serbuan itu ialah daun terup dan wang tunai berjumlah RM1,774, ” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Wan Azharuddin berkata kesemua mereka bagaimanapun telah dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Sek 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Pihak polis ingin menasihatkan kepada masyarakat agar sentiasa patuh kepada undang-undang dan peraturan yang sedang berkuat kuasa. Tindakan yang tegas akan di ambil kepada mereka yang ingkar,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.