`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, August 3, 2021

Bekas timbalan pengerusi Bersih 2.0 mengaku tak salah hina Islam di FB

 

Sarajun Hoda Abdul Hassan, 65, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Taiping atas tuduhan memulakan penghantaran menggunakan komunikasi jelik berkaitan Islam di Facebook, April lalu.

PETALING JAYA: Bekas timbalan pengerusi Bersih 2.0 dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Taiping, Perak, atas pertuduhan memulakan penghantaran menggunakan komunikasi jelik berkaitan Islam di Facebook (FB), April lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Sarajun Hoda Abdul Hassan, 65, yang juga pesara pemandu kren mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di depan Hakim Noraida Sulaiman.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa menggunakan perkhidmatan FB secara sedar membuat dan memulakan penghantaran yang jelik sifatnya iaitu berkaitan agama Islam dengan niat menyakitkan hati orang lain antara 9 pagi hingga 12.52 tengah hari 26 April lalu.

Hantaran itu kemudian dibaca pada keesokannya iaitu 27 April kira-kira 9 pagi di Taman Wawasan Jaya di Parit Buntar, menurut laporan Harian Metro.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun, atau kedua-duanya sekali selain didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Timbalan Pendakwa Raya, Sariza Ismail, mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh diwakili tiga peguam iaitu Gurdial Singh Nijar, Abraham Au dan Manjit Singh Saini.

Pada prosiding itu, pihak pendakwaan memohon mahkamah menetapkan jumlah jaminan RM10,000 kepada tertuduh.

Namun, peguam tertuduh meminta supaya ia dikurangkan dengan alasan dia memberi kerjasama untuk hadir ke mahkamah dan tidak berlaku kemungkinan melarikan diri.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melapor diri di balai polis berhampiran pada 1 hari bulan setiap bulan sebagai syarat tambahan.

Hakim menetapkan 7 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes.

Berdasarkan gambar tangkap layar yang menjadi dokumen lampiran ketika pertuduhan dibacakan, tertuduh menyarankan supaya Islam dibuang sebagai agama rasmi Malaysia, menyarankan penutupan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), serta membuang unsur keagamaan Islam urusan pentadbiran kerajaan dan sekolah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.