`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, August 2, 2021

Hantar gambar lucah kepada kanak-kanak, pembantu kedai makan diberkas

 

Suspek diberkas di sekitar Ajil, Terengganu, pada Sabtu. (Gambar AFP)

PETALING JAYA: Seorang pembantu kedai makan ditahan polis pada Sabtu kerana menghantar gambar kemaluannya menerusi WhatsApp kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun.

Suspek berusia 22 tahun itu ditahan pada 2.45 petang di sekitar Ajil oleh anggota polis dari Hulu Terengganu dan cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, lapor Kosmo.

Tangkapan dibuat setelah polis menerima laporan daripada bapa mangsa, kata Ketua Polis Daerah Klang Selatan Shamsul Amar Ramli.

Menurutnya, suspek dan kanak-kanak berkenaan berkenalan melalui kumpulan sembang WhatsApp permainan dalam talian PUBG.

Setelah menghantar gambar kemaluannya, suspek turut meminta kanak-kanak berkenaan membalasnya dengan gambar bogel.

“Polis merampas kad SIM, telefon bimbit dan kad memori (suspek),” katanya semalam.

Suspek yang didapati tiada rekod jenayah mengaku terlibat dan telah direman empat hari bagi membantu siasatan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.