`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, August 2, 2021

Minta ‘belas ihsan’ tumpang kenderaan, 2 ditahan samun pemandu

 

Menurut polis, kedua-dua suspek yang berusia 24 dan 25 tahun itu berjaya ditahan dalam dua serbuan bermula Rabu lalu dan serangkai kunci kereta serta telefon bimbit turut dirampas.

PETALING JAYA: Dua individu diberkas di Bandar Bukit Tinggi, baru-baru ini selepas menyamun kereta yang ditumpangi mereka.

Dalam kejadian pada 8.30 pagi Selasa lalu, mangsa berusia 32 tahun membenarkan kedua-dua suspek menaiki keretanya, sebuah Perodua Myvi, di Bandar Bukit Tinggi setelah mereka meminta belas ihsannya untuk menumpangkan mereka ke Bayu Perdana. Jarak antara dua lokasi adalah hampir 2km, lapor Kosmo.

“Bagaimanapun, ketika di dalam kenderaan, seorang suspek mengeluarkan pisau dan menetak stereng kereta sebelum mengambil alih pemanduan,” kata Ketua Polis Daerah Klang Selatan Shamsul Amar Ramli.

“Suspek juga meminta mangsa mengeluarkan barang berharga sebelum ditinggalkan di tepi jalan Meru, dekat sini.”

Mangsa kemudiannya telah mendapatkan bantuan daripada seorang lelaki untuk menghantarnya kembali ke Bukit Tinggi, kata Shamsul Amar.

Mangsa mendapati kenderaannya ditinggalkan di belakang sebuah bank di situ, namun setelah pulang ke rumah untuk mendapatkan kunci pendua dan kembali ke lokasi, kenderaan tersebut didapati sudah tiada.

Hasil maklumat, polis berjaya menahan kedua-dua suspek yang berusia 24 dan 25 tahun itu dalam dua serbuan bermula Rabu lalu dan merampas serangkai kunci kereta serta telefon bimbit, kata Shamsul Amar. 0 FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.