`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, August 22, 2021

Johor mula buka 11 aktiviti ekonomi

 

Ayub Jamil berkata individu yang berhasrat mengunjungi premis perniagaan diingatkan supaya memenuhi kriteria lengkap divaksin iaitu dos kedua melepasi tempoh 14 hari.

PETALING JAYA: Berkuat kuasa kelmarin, Johor membenarkan 11 aktiviti ekonomi termasuk kedai gunting rambut dan premis cuci kereta beroperasi, kata Pengerusi Tetap Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Ayub Jamil.

Beliau berkata, kebenaran itu susulan prosedur operasi standard (SOP) terbaharu yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi negeri Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Katanya, 11 lagi aktiviti sektor perdagangan dan pengedaran serta sektor pasar adalah dibenarkan beroperasi di Johor, seperti yang diumumkan kerajaan Ahad lalu.

Ayub berkata, ia membabitkan operasi kedai cuci kereta, kedai elektrik dan elektronik, kedai barangan rumah dan peralatan dapur, kedai perabot, kedai peralatan sukan, kedai aksesori kereta, pusat pengedaran dan jualan kereta, pasar pagi dan pasar tani sahaja, kedai pakaian, fesyen dan aksesori, kedai barang kemas serta kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja).

“Sektor ekonomi ini dibenarkan beroperasi dengan syarat, pemilik premis dan pasar perlu memastikan pelanggan yang ingin memasuki premis menunjukkan Sijil Digital Vaksinasi Covid-19 di aplikasi MySejahtera yang membuktikan pelanggan itu telah divaksin lengkap,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, individu yang berhasrat mengunjungi premis perniagaan diingatkan supaya memenuhi kriteria lengkap divaksin iaitu dos kedua melepasi tempoh 14 hari. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.