`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, August 22, 2021

Umno akan diadili, diperhati bila menerajui kerajaan, kata Shahril

 

Shahril Sufian Hamdan berkata beliau yakin ketokohan Ismail Sabri Yaakob dibantu kekuatan seluruh kepimpinan parti mampu mewujudkan hubungan sinergi untuk mempamer prestasi baik demi rakyat.

PETALING JAYA: Umno kini akan diperhatikan apabila menerajui kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, kata Ketua Penerangannya, Shahril Sufian Hamdan.

Beliau berkata, apa yang penting kepada Umno adalah prestasi kerajaan baharu pimpinan Ismail yang akan menjadi cerminan kepada parti lebih daripada sebelum ini.

“Kalau sebelum ini, kita sebut bukan Umno yang memimpin. Kali ini, perdana menteri sudah Umno maka seluruh parti mesti membantu kejayaan pentadbiran ini kerana ia bawa imej parti,” katanya kepada FMT.

Bagaimanapun, Shahril yakin ketokohan Ismail dibantu kekuatan seluruh kepimpinan parti mampu mewujudkan hubungan sinergi untuk mempamer prestasi baik demi rakyat.

Semalam, Ismail selesai mengangkat sumpah jawatan perdana menteri kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Sultan Abdullah memberi perkenan terhadap pelantikan itu yang selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan.

Dalam pada itu, Shahril ketika ditanya mengenai saranan Ahli Parlimen Ketereh untuk mengajak Bersatu menyertai Muafakat Nasional (MN) bersama Umno dan PAS, beliau berkata keputusan rasmi bergantung kepada perbincangan dalam Mesyuarat Kerja Tertinggi (MKT).

Katanya, sebarang perubahan dasar untuk mengajak Bersatu menyertai MN mestilah dibincangkan di peringkat MKT Umno dan selagi belum diputuskan di MKT, tidak ada sebarang perubahan lagi.

Semalam, Annuar dilaporkan berkata selepas berakhirnya kemelut politik dengan pelantikan Ismail sebagai perdana menteri baharu diharap dapat mengukuhkan kembali MN yang diasaskan Umno dan PAS, termasuk dengan menjemput kembali Bersatu.

Annuar berkata, inilah masa untuk semua tiga parti teras utama itu dalam memperkukuhkan kembali MN termasuk melibatkan parti-parti lain dalam pembentukan satu gabungan inklusif. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.