`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, August 19, 2021

Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat nafi keluar infografik jumlah sokongan Ahli Parlimen

 

Dua infografik berkenaan memaparkan jumlah Ahli Parlimen yang menyokong bekas timbalan perdana menteri Ismail Sabri Yaakob serta Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, sebagai perdana menteri.

KUALA LUMPUR: Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat menafikan telah mengeluarkan dua infografik yang tular di media sosial berkaitan jumlah sokongan Ahli Parlimen bagi memilih calon perdana menteri kesembilan.

Penafian berkenaan dimuat naik menerusi Facebook rasmi Parlimen Malaysia, malam tadi.

Dua infografik berkenaan memaparkan jumlah Ahli Parlimen yang menyokong bekas timbalan perdana menteri yang juga Ahli Parlimen Bera Ismail Sabri Yaakob serta ketua pembangkang yang juga Ahli Parlimen Port Dickson Anwar Ibrahim, sebagai perdana menteri.

Semalam, Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun menerusi notis bertarikh 17 Ogos, meminta 220 Ahli Dewan Rakyat menyerahkan satu surat akuan bersumpah (SD) bagi menamakan seorang calon perdana menteri kepada Istana Negara.

Notis itu bagi membolehkan seorang daripada mereka yang mempunyai kepercayaan majoriti dilantik sebagai perdana menteri, susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin Isnin lepas. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.