`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, August 1, 2021

Polis buru 4 tahanan positif Covid-19 lari dari pusat kuarantin

 

Semua tahanan berkenaan dipindahkan secara berperingkat dari lokap Balai Polis Penampang ke bangunan ILMAN sejak 24 Julai lalu selepas disahkan positif Covid-19. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA: Polis sedang memburu empat tahanan positif Covid-19 yang melarikan diri dari pusat kuarantin di Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN), Penampang, Sabah, awal pagi tadi.

Salman Arip, 19; Mohd Diyazmir Razif Rudyaz, 20; Mohd Rahman Basir, 24 dan Arippian Abdul, 27, dikesan melarikan diri dari pusat berkenaan pada 3.30 pagi, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Penampang Mohd Haris Ibrahim berkata, mereka dipindahkan secara berperingkat dari lokap Balai Polis Penampang ke bangunan ILMAN sejak 24 Julai lalu selepas disahkan positif Covid-19.

Tiga warga asing dan seorang warga tempatan berkenaan ditahan bagi siasatan atas kesalahan mencuri, mencederakan dan penyalahgunaan dadah, kata Haris.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di talian 088-723961 atau mana-mana balai polis berhampiran. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.