`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, August 6, 2021

PPVIN Pusat Konvensyen Midlands ditutup hari ini bagi penyelarasan, kata polis

 

Polis mengesahkan rakaman video yang tular di media sosial, memaparkan ramai individu beratur panjang serta tidak mematuhi penjarakan fizikal di luar pagar PPVIN itu.

SHAH ALAM: Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) di Pusat Konvensyen Midlands, Seksyen 7, akan ditutup sehari hari ini bagi menyelaraskan tugas dan kehadiran pekerja industri untuk menerima suntikan vaksin.

“Pihak pengurusan PPVIN berkenaan yang membuat keputusan (berhubung penutupan PPVIN),” kata Ketua Polis Daerah Shah Alam, Baharudin Mat Taib ringkas ketika dihubungi Bernama.

Beliau turut mengesahkan rakaman video yang tular di media sosial, memaparkan ramai individu beratur panjang serta tidak mematuhi penjarakan fizikal di luar pagar PPVIN itu.

Terdahulu, media melaporkan pekerja asing dikatakan diarah meninggalkan lokasi PPVIN di Seksyen 7, petang Khamis selepas beratur panjang hingga ke luar kawasan pusat berkenaan untuk menerima vaksin.

Pihak penyelaras PPVIN dengan bantuan sepasukan anggota polis mengambil tindakan itu berikutan pekerja asing terbabit didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.