`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, August 3, 2021

Tiada kejadian mayat pesakit Covid-19 masih hidup, kata KKMM

 

Terdahulu tular mesej mendakwa pesakit Covid-19 yang disahkan meninggal dunia didapati masih hidup semasa di lokasi pengebumian.

KUALA LUMPUR: Hospital Kuala Lumpur (HKL) menafikan mesej tular yang mendakwa kononnya ada pesakit Covid-19 yang disahkan meninggal dunia, namun semasa mayat tiba di lokasi pengebumian pesakit itu didapati masih hidup.

Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam kenyataan malam tadi berkata, HKL menjelaskan bahawa tiada kejadian berlaku seperti dakwaan mesej tular berkenaan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai mesej itu dan berhenti daripada menyebarkan maklumat palsu yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini tular mesej yang mendakwa seorang pesakit Covid-19 yang telah disahkan meninggal dunia oleh doktor yang bertugas di wad Unit Rawatan Rapi didapati masih hidup semasa di lokasi pengebumian dan seterusnya dibawa kembali ke HKL untuk rawatan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.