`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, March 29, 2022

Gadis bawah umur patut di sekolah, bukan jadi isteri, kata ADUN Perak

 

Minggu lepas, kerajaan persekutuan dilaporkan tidak bercadang mengharamkan perkahwinan bawah umur, namun komited untuk mengekang perkara berkenaan.

IPOH: Perak perlu mengharamkan perkahwinan bawah umur di bawah peruntukan undang-undang, cadang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Aulong, Nga Kor Ming.

Pengerusi DAP negeri itu berkata, sudah tiba masanya untuk Perak merujuk kepada syor Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) dalam mengambil langkah berkenaan.

Katanya, isu pedofilia harus disekat demi masa depan kanak-kanak perempuan di bawah umur 18 tahun.

“Perkahwinan bawah umur harus dilarang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) mempunyai tanggungjawab sebagai dewan perundangan. Luluskanlah undang-undang supaya tidak ada lagi perkahwinan di bawah umur dibenarkan di Perak.

“Tempat anak gadis di bawah umur ini adalah di bangku sekolah, bukan (sepatutnya) dijadikan isteri. Jika tidak (lakukan larangan ini), masa depan mereka akan hancur,” katanya menurut laporan Astro Awani.

Tambah Nga lagi, perhatian kepada isu larangan tenaga buruh kanak-kanak juga harus diberi terhadap isu perkahwinan di bawah umur.

“Bayangkan cucu kita yang berada di bawah umur bukan berada di bangku sekolah, akan tetapi di atas pelamin. Saya rasa sudah tiba masanya untuk kita haramkan perkahwinan bawah umur di Perak,” katanya.

Minggu lepas kerajaan persekutuan dilaporkan tidak bercadang mengharamkan perkahwinan bawah umur, namun komited untuk mengekang perkara itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun dilaporkan berkata, usaha mengekang perkahwinan bawah umur dilaksanakan melalui program di bawah Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.