GUA MUSANG: Calon Barisan Nasional (BN) PRK Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sebenarnya bukan ‘muka’ baharu di DUN itu dan hanya mula menyantuni penduduk sehari dua.
Sebaliknya, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Ahmad Maslan, berkata ketua Pemuda Umno Kelantan yang lebih mesra disapa sebagai Awie telah ‘berkhidmat’ lebih 10 tahun sebelum ini untuk penduduk kawasan itu ketika bekerja bersama bekas Adun Nenggiri Ab Aziz Yusoff.
Malah, beliau berkata Awie juga dilihat mempunyai hubungan baik bersama penduduk.
“Ab Aziz mengakui bahawa Awie telah bertugas dengannya dan telah pusing semua kawasan Nenggiri sewaktu dia menyandang jawatan Adun.
katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Media PRK DUN Nenggiri di Kampung Sungai Asap.Tidak ramai yang mengetahui perkara ini, namun Awie bukanlah baru sehari dua berada di Nenggiri,
Pada PRK yang ditetapkan pada 17 Ogos, Azmawi mewakili kerajaan perpaduan berdepan wakil Perikatan Nasional (PN) Mohd Rizwadi Ismail yang bertanding menggunakan logo PAS.
PRK DUN Nenggiri diadakan susulan kekosongan kerusi diumum Speaker DUN Kelantan Mohd Amar Abdullah pada 19 Jun berikutan bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.
Ahmad berkata, oleh kerana calon BN menceburi arena politik lebih awal, ia meningkatkan keyakinan partinya untuk merampas kembali kerusi berkenaan. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.