PETALING JAYA: Setiap perkara berhubung penglibatan atlet ke temasya sukan yang besar perlu dibincangkan lebih awal, melibatkan semua pihak berkepentingan.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim, berkata ini bagi memastikan isu menimpa pemain badminton perseorangan lelaki Lee Zii Jia dan perseorangan wanita Goh Jin Wei di Olimpik Paris, tidak berulang pada masa akan datang.
katanya menurut Bernama, selepas menghadiri majlis Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara Jom) peringkat Sarawak 2024 di Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Sibu.Walaupun sudah diperjelaskan isu tersebut, sedikit-sebanyak Kementerian Belia dan Sukan menerima tempiasnya. Kita kena letak kepentingan pihak berkepentingan kita, bukan hanya atlet dan persatuan tetapi juga peminat dan penyokong,
Beliau mengulas laporan media mendakwa pemain perseorangan lelaki negara dinafikan kehadiran ahli fisioterapi dan pasangan pelatih, manakala jurulatih pemain perseorangan wanita itu Nova Armada tidak dapat bersamanya di Paris.
Pada masa sama Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Norza Zakaria pula dapat membawa keluarganya ke temasya sukan itu, dan ini menimbulkan ketidakpuasan hati peminat sukan tanah air yang lantas menyalahkan Norza atas apa berlaku ke atas Zii Jia dan Jin Wei.
Norza sudah menjelaskan yang dia mempunyai kuota khas sebagai presiden MOM, untuk membawa tetamu ke temasya tersebut tanpa mengganggu bahagian yang dibenarkan untuk atlet dan pegawai seperti dibenarkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).
Adam berkata, sukan bukanlah bidang yang mudah diuruskan, dengan kementerian bukan hanya berdepan pengurusan soal prestasi atlet dalam bidang sukan, malah fokus kepada penyediaan ekosistem fasiliti sukan yang terbaik, supaya pembangunan sukan dapat dilaksanakan.
katanya.Di peringkat Kementerian Belia dan Sukan kita sentiasa terima kritikan dan tekanan daripada rakyat Malaysia dan kita juga perlu terbuka dengan setiap kritikan yang dilontarkan kepada kita, dan ambil tanggungjawab untuk memperbaiki cara kita melakukan semua perkara dari semasa ke semasa,
Beliau bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya mengenai gesaan ramai supaya Norza meletak jawatan sebagai presiden MOM.
katanya sambil menambah apa yang penting sekarang ialah meredakan tekanan yang mungkin boleh mengganggu tumpuan atlet negara di Paris.Kita sudah pun sebenarnya usaha yang terbaik, bagaimanapun kad akreditasi yang dikeluarkan oleh IOC ada hadnya,
Tumpuan sebaliknya menurut beliau untuk memberikan sokongan padu kepada atlet meneruskan perjuangan mereka untuk negara. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.