
Kejadian itu menyebabkan sebuah rumah terjejas manakala penghuni lain telah diarahkan mengosongkan rumah masing-masing, dalam kejadian kira-kira 5.43 petang.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menghantar enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.
katanya melalui kenyataan, menurut Berita Harian.Maklumat diterima dari pihak polis memaklumkan penghuni rumah berhampiran sudah diarahkan keluar berikutan masih terdapat pergerakan tanah,
Pihak bomba memaklumkan operasi pemantauan masih diteruskan anggota di lokasi dan setakat ini hanya sebuah rumah yang terjejas.
Hujan lebat itu turut menyebabkan beberapa kawasan lain di sekitar ibu negara dilanda banjir kilat berikutan peningkatan paras air Sungai Klang. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.