`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, September 24, 2024

Mangsa banjir di Kedah turun kepada 7,174 orang

 

Free Malaysia Today
Kota Setar masih merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi di Kedah iaitu 4,943 orang diikuti Pendang, Kubang Pasu dan Pokok Sena. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR
Jumlah mangsa banjir di Kedah dilaporkan terus berkurangan kepada 7,174 orang malam tadi berbanding 7,252 petang semalam.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, kesemua mangsa daripada 2,310 keluarga itu kini ditempatkan di 34 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah yang terjejas.

Kota Setar masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 4,943 orang diikuti Pendang (1,606), Kubang Pasu (552) dan Pokok Sena sebanyak 73 orang.

Laman sesawang Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula memaklumkan Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR masih kekal berada pada paras bahaya.

Di Perak, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir kekal 29 orang setakat 8 malam dan mereka masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak, Kerian.

Menurut JPS, Sungai Perak di Teluk Sena dalam daerah Perak Tengah berada pada tahap bahaya dengan paras air setinggi 13.18 meter. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.