`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, September 15, 2024

Jais diarah siasat semua rumah amal, sekolah agama

 

Free Malaysia Today
Mais ambil serius dakwaan penglibatan sekolah agama dalam kesalahan jenayah dan penyebaran ajaran yang menyeleweng daripada Islam. (Gambar Mais)

SHAH ALAM
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) diarah melakukan siasatan ke atas semua rumah amal dan sekolah yang mempunyai kaitan dengan Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) serta rangkaiannya.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ia bagi memastikan tiada perkara bertentangan dengan ajaran Islam disebarkan di rumah amal dan sekolah agama.

“Jika didapati terdapat rumah amal dan sekolah agama terlibat dengan ajaran yang menyeleweng daripada Islam maka penguatkuasaan serta pendakwaan di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) hendaklah dibuat dengan kadar segera.

Selain itu, sekolah yang dikenal pasti terlibat dengan kesalahan jenayah dan penyebaran ajaran yang menyeleweng daripada agama Islam juga hendaklah dibatalkan pendaftarannya di bawah Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam,
 menurut kenyataan.

Beliau berkata pihaknya mengambil serius dakwaan penglibatan sekolah agama dalam kesalahan jenayah dan penyebaran ajaran yang menyeleweng daripada Islam.

Mais juga memberi arahan tegas untuk memastikan sekolah yang terlibat ditutup dan dibatalkan pendaftarannya,
 katanya.

Mengulas lanjut, Aziz berkata GISBH dikaitkan dengan ajaran dan fahaman Kumpulan Al-Arqam yang diharamkan di Selangor melalui pewartaan tiga fatwa pada 4 Feb 1993, 11 Ogos 1994, dan 2 Dis 2006.

Pengharaman ajaran dan fahaman Kumpulan Al-Arqam menurut fatwa-fatwa tersebut termasuk mana-mana cabang atau ajaran lain yang mempunyai persamaan dengan ajaran dan fahaman itu,
 katanya.

Beliau menasihati umat Islam sentiasa berwaspada dan cakna dengan ajaran atau fahaman yang difatwakan sebagai menyeleweng daripada ajaran sebenar.

“Ini untuk mengelak daripada terjerumus atau terlibat dengan ajaran tersebut kerana ia merupakan suatu kesalahan di bawah perenggan 12(c) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor).

Di samping itu, Mais menyeru orang ramai untuk memberi maklumat kepada polis atau Jais bagi memastikan siasatan yang terperinci berhubung dengan GISBH dapat dilakukan dan tindakan penguatkuasaan dapat diambil mengikut peruntukan undang-undang,
 katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.