`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, September 11, 2024

Kakak gagal dihubungi ketika cari adik hilang di Thailand

 

scammers
Lelaki 31 tahun menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan dikendalikan rakannya yang menawarkan kerja bergaji lumayan dalam mata wang AS di Thailand.

PETALING JAYA
Seorang wanita dalam usaha mencari adiknya terkandas di Thailand selepas menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan gagal dihubungi keluarganya.

Ahli Parlimen Stampin dan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata lelaki 31 tahun itu menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan dikendalikan dua rakannya yang menawarkan kerja bergaji lumayan dalam mata wang AS di Thailand.

Katanya, ibu dua mangsa itu sudah membuat laporan polis dan memberikan maklumat terperinci dua rakan terbabit dengan sindiket penipuan pekerjaan itu.

“Maklumat terbaharu menunjukkan anak lelaki wanita itu kini di Myanmar, terkandas dan tiada cara pulang.

“Kakaknya yang pergi ke Thailand pada hujung Ogos lalu untuk mencari adiknya, kini juga terputus hubungan dengan keluarganya.

Kali terakhir mereka berhubung adalah dua hari lalu,
 katanya menurut Harian Metro dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP Sarawak di Kuching.

Chong berharap pihak berkuasa akan bertindak pantas bagi mengesan dua beradik itu dan membawa mereka pulang dengan selamat.

Kami akan terus mengikuti perkembangan kes ini dan bekerjasama dengan Kementerian Luar serta konsulat di Thailand dan Myanmar untuk memastikan keselamatan mereka. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.