`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, September 12, 2024

Pendidikan Tahfiz Dan Madrasah.

 

Tuan-Tuan dengar baik-baik ok. Ada banyak beza antara primary school dan secondary school. Orang Melayu pula salah faham, salah tafsir dan salah takrif sebagai sekolah rendah (primary school) dan sekolah menengah (secondary school). Yang lebih merosakkan itu adalah istilah 'sekolah rendah'.

Orang putih, Jepun dan sekarang China jauh lebih ariff apa itu bezanya primary school dan secondary school. 

Fahaman ini jelas daripada erti perkataan 'primary school' itu sendiri. 

Perkataan 'primary'  asal daripada primus, primarius dalam bahasa Latin yang maksudnya 'prime'. Seperti prime minister atau perdana menteri. 

Perdana menteri pula asalnya Tamil 'pardhana mantri'  atau disingkatkan jadi pardhamar.

Jadi "prime" dan "primary" itu maksudnya : yang utama, yang terpenting, nombor satu atau wahid. The most important. Itulah maksud primary. Maka prime minister itu adalah menteri yang nombor satu keutamaannya.

Secondary pula (contohnya daripada secondary school)  maksudnya "coming after, less important than, or resulting from someone or something else that is primary".

Secondary itu maksudnya kurang penting atau kurang utama berbanding dengan primary. Primary maksudnya yang tersangat penting.  Yang kurang penting maksudnya secondary.

Jadi primary school atau primary education adalah tahap pendidikan yang penting sekali bagi kemajuan masyarakat dan manusia. 

Itulah sebabnya bangsa yang maju seperti orang putih menyebut 'primary school' untuk pendidikan awal. Dan itulah sebabnya mereka fokus sangat masa, tenaga dan dana wang yang banyak untuk primary education. 

In 2020, the highest share of total expenditure on education in the EU was allocated to primary and lower secondary education, around two-fifths (40.8%). - 3rd Sept 2024, Educational expenditure statistics - European Commission.

Di Malaysia pula kita masih tidak faham banyak perkara-perkara asas. Di negara kita, sekolah mula dibina di banyak kawasan hanya selepas tahun 1970an. Sebelum tahun 1970an negara kita sangat kekurangan infrastruktur persekolahan. Jadi kita masih baru lagi.

Di sini juga kita tersilap menggunakan istilah "sekolah rendah" dan "sekolah menengah". Seolah "primary school" atau "primary education" itu adalah low level atau pada tahap rendah atau kurang penting. Jadi kita sebut 'sekolah rendah'.

Pada hal primary education atau primary school adalah pendidikan awal yang penting sekali untuk mendidik dan membimbing masa depan kanak-kanak.

Di negara China hari ini, guru tadika (kindergarten teacher) berkelayakan Masters Degree. Mereka sudah faham bahawa pendidikan awal kanak-kanak (early childhood education), daripada usia 4-5 tahun hingga 12-13 tahun adalah tempoh pembelajaran seseorang kanak-kanak yang primary atau yang paling penting. Maka guru tadika pun mesti mencapai kelayakan yang cukup tinggi untuk mengajar kanak-kanak tadika. 

Merujuk video Jebat Derhaka di atas, rupanya kopiah, songkok, jubah dan tudung labuh sudah cukup layak untuk membimbing kanak-kanak di pusat-pusat entah apa itu. Ostad yang ada batang peli@k pula mungkin sudah overqualified.  

Masyarakat Melayu masih jauh ketinggalan berbanding dengan orang lain dan bangsa lain. Melihat kepada pelbagai kekeliruan dalam masyarakat Melayu (kecelaruan halal haram, tahfiz dan madrasah bermasalah, ostad dan ostazah psycho) ancaman dan bahaya besar ialah masyarakat Melayu akan tenggelam sama sekali. Hilang ditelan sinkhole. 

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.