`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, September 4, 2024

Peniaga pasar malam di Perlis diarah henti niaga waktu Maghrib

 

Free Malaysia Today
Perlis mengarahkan peniaga pasar malam menghentikan perniagaan dalam tempoh 10 minit sebelum masuk waktu Maghrib dan 10 minit selepasnya.

PETALING JAYA
Peniaga pasar malam di Perlis diwajibkan menghentikan perniagaan sekitar waktu solat Maghrib mulai 15 Sept.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat exco 21 Ogos, menurut Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pembangunan Sumber Manusia Dan Pembasmian Kemiskinan Asrul Aimran Abd Jalil. 

Semua peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan di pasar malam diwajibkan memberhentikan operasi perniagaan semasa waktu Maghrib bagi menghormati waktu solat,

 katanya dalam kenyataan.

Tempoh pelaksanaan program bermula 10 minit sebelum masuk waktu dan 10 minit selepas waktu solat Maghrib bagi membolehkan para peniaga dan pengunjung untuk menunaikan solat dalam keadaan selesa dan tidak tergesa-gesa. 
Adun Kayang itu bagaimanapun berkata, peniaga bukan Islam tidak dihalang meneruskan perniagaan, namun digalakkan turut menutup perniagaan dalam tempoh tersebut.

Menurutnya, program itu akan berkuat kuasa di semua tapak pasar malam bawah kendalian pihak berkuasa tempatan (PBT) atau swasta di seluruh negeri.

Sebagai permulaan, katanya, anggota penguat kuasa PBT akan turun padang bagi memberi nasihat dan teguran terlebih dahulu untuk memastikan kejayaan program ini.

Inisiatif ini juga bertujuan menggalakkan para pengunjung pasar malam yang beragama Islam supaya tidak membeli-belah ketika masuknya waktu solat Maghrib selain mendidik rakyat menunaikan solat pada awal waktu,
 katanya.

Terdahulu, Kelantan antara negeri yang mengarahkan peniaga menghentikan sementara urus niaga di pasar malam ketika waktu Maghrib, yang dilaksanakan sejak 1994. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.