`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, September 4, 2024

Tawar pakej diskaun bil elektrik, taktik baharu scammer

 

Free Malaysia Today
Ketua Polis Taiping Mohamad Nasir Ismail, berkata mangsa sedar ditipu apabila mendapati tunggakan bil elektrik masih sama.

IPOH
Polis mengesan taktik baharu penipuan melalui telefon dengan menawarkan diskaun pakej pembayaran bil Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang tidak wujud sejak Julai lalu, sehingga menyebabkan seorang akauntan kerugian RM164,903.

Ketua Polis Taiping Mohamad Nasir Ismail, berkata akauntan lelaki berusia 62 tahun berhubung menerusi telefon dengan seorang lelaki untuk berurusan mengenai tawaran diskaun sebanyak 35%, sekiranya membuat pembayaran bil pada 8 Julai lalu.

Oleh kerana percaya dengan tawaran yang dibuat suspek, mangsa menawarkan diskaun sebanyak 10% kepada pelanggan yang ingin membuat pembayaran bil elektrik melaluinya,
 katanya dalam kenyataan.

Nasir berkata, suspek meminta mangsa menghantar gambar salinan bil elektrik melalui telefon dan kemudian suspek menghantar semula gambar resit pembayaran kononnya bayaran sudah dijelaskan.

Mangsa berjaya mencari seramai 120 pelanggan yang bersetuju membuat pembayaran bermula 8 Julai hingga 27 Ogos lalu.

Jumlah bayaran diterima mangsa daripada semua pelanggan kira-kira RM207,000. Daripada jumlah itu setelah ditolak keuntungan 35%, mangsa melakukan 11 kali transaksi pindahan wang ke lima akaun bank berbeza membabitkan jumlah keseluruhan RM164,903,
 katanya.

Nasir berkata, seorang pelanggan mangsa mengesahkan bil elektrik masih tertunggak setelah membuat semakan dengan pihak TNB dan mangsa seterusnya cuba menghubungi suspek, namun gagal dan mengesyaki dirinya ditipu.

Beliau berkata, mangsa membuat laporan polis pada Isnin lalu dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpedaya dengan tawaran pakej pembayaran bil TNB yang tidak wujud dan ini trend terbaru scammer menipu,
 katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.