`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, September 11, 2024

Visa pantas untuk rakyat Malaysia lawat Pakistan

 

malaysian passport
Pakistan memansuhkan bayaran visa untuk warganegara Malaysia yang melawat negara itu termasuk sebagai pelancong atau untuk tujuan keagamaan.

NEW DELHI
Pakistan memansuhkan bayaran visa untuk warganegara Malaysia yang melawat negara itu bagi tujuan perniagaan, pelancongan atau lawatan keagamaan ke tapak ziarah Sikh.

Dalam satu kenyataan, Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Kuala Lumpur memaklumkan bahawa rakyat Malaysia hanya perlu mendapatkan Visa Sebelum Ketibaan (VPA) melalui Sistem Visa Dalam Talian Pakistan di https://visa.nadra.gov.pk/visa-prior-to-arrival/

Hanya pasport dan VPA diperlukan untuk tujuan imigresen. Tiada bayaran dikenakan termasuk yuran pemprosesan,
 menurut kenyataan itu.

Suruhanjaya Tinggi Pakistan berkata proses VPA diperkemas bagi memastikan notis pemberian visa atau visa dihantar kepada pemohon melalui e-mel dengan segera.

Jika permohonan visa memerlukan semakan lanjut, keputusannya akan dimaklumkan tanpa sebarang kelewatan,
 menurut kenyataan itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.