`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, October 8, 2024

Selesai isu 1MDB, Jho Low dekati elit China, dakwa buku

 

Free Malaysia Today
Jho Low mahu menarik FDI ke negara ini yang cuba dibawa pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak, menurut buku tulisan wartawan, Leslie Lopez.

PETALING JAYA
Ahli perniagaan dalam buruan terkait skandal 1MDB cuba menggunakan hubungan peribadi dengan elit China bagi menarik pelaburan dari negara Tembok Besar itu, dakwa sebuah buku.

In The Siege Within, wartawan Leslie Lopez mendakwa Low Taek Jho, yang lebih dikenali Jho Low, berhasrat menggunakan hubungan berkenaan merencana skim terbesar, menyelesaikan komitmen kewangan 1MDB yang membengkak.

Low, katanya, mempunyai rangkaian hubungan kekeluargaan mengagumkan dengan kelas politik berkuasa Beijing, selain China berminat mencari rakan untuk melebarkan kepentingannya di Asia Tenggara.

Dan pada awal 2016, tumpuan ke arah China menjadi inisiatif ekonomi baru kepada perdana menteri ketika itu, Najib Razak.

Perjanjian dibuat Low bersama entiti China dengan restu (Najib), membantu kemasukan aliran pelaburan langsung asing dan menjadikan Malaysia destinasi paling digemari untuk peniaga tanah besar China,
 tulis Lopez.

Pada pertengahan 2016, Putrajaya menandatangani antaranya pelaburan China bernilai USD34 bilion dalam penjanaan tenaga, pembangunan hartanah termasuk kontrak membina rangkaian rel, dan saluran paip gas, yang dikatakan projek dan pelaburan tersebut sebahagian skim besar menyelamatkan 1MDB.

“Pembelian aset Malaysia oleh syarikat milik kerajaan China dinaikkan sebagai penyamaran sogokan yang dialirkan dalam dana lecah bagi memenuhi bayaran ditanggung 1MDB.

“Justeru, Malaysia menganugerahkan projek infrastruktur kerajaan kepada syarikat China pada nilai ditingkatkan. Projek ini ditanggung menerusi pinjaman daripada bank-bank milik kerajaan China dengan syarat membenarkan Malaysia menerima sehingga 80% daripada pembiayaan projek terlebih dulu.

Dana berkenaan kemudian digunakan bagi menangani hutang 1MDB,
 dakwa buku itu.

Pada 2019, bekas pembantu Najib memberi keterangan dalam perbicaraan bekas perdana menteri dalam kes SRC International, berkata beberapa projek infrastruktur besar ada ditawarkan kepada firma China.

Bekas pegawai khas Najib, Amhari Effendi Nazaruddin, berkata ia termasuk dua projek saluran paip dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), yang bertujuan menjadi sebahagian besar insiatif ‘Belt and Road’ China.

Jho Low mahu manfaat hubungan ‘Arab’ menerusi RHB Bank

Sebelum terlibat dalam 1MDB, Low melihat RHB Bank sebagai ‘kenderaan ideal untuk dimanfaatkan bagi hubungan kuatnya di Timur Tengah’, ketika beliau cuba membawa masuk pelaburan langsung asing yang ingin dibawa pendahulu Najib, Abdullah Ahmad Badawi.

Pada usia 25 tahun, Low membayangkan RHB sebagai bank yang mempunyai ekuiti besar di Timur Tengah dan mengimpikan usaha korporat yang pelbagai untuk mengambil alih bank itu daripada pemegang saham sedia ada, termasuk 31% pegangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Low melihat RHB sebagai lubuk menjana kewangan.

The Siege Within, sedia untuk pratempah di Lit Books, Amazon Singapore, Shopee, dan gedung buku seperti Kinokuniya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.