`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, October 6, 2024

ORANG MELAYU MESTI BACA - PAK ARAB KATA TIDAK ADA NEGARA PALESTIN DALAM SEJARAH ARAB. DAN CARA PENYELESAIANNYA

 Sila dengar perbincangan berikut antara dua orang Arab ini. Seorang itu menjelaskan bahawa negara Palestin tidak pernah wujud dalam sejarah Arab.

 


Memang pun Palestin itu tidak terjumpa dalam Al Quran, tidak terjumpa dalam hadis dan langsung tidak pernah wujud sesebuah negara Arab bernama Palestin sejak 1446 tahun sejarah Islam.

Bible Yahudi dan Kristian merujuk kaum Philistine (Filistin). "According to biblical tradition (Deuteronomy 2:23; Jeremiah 47:4), the Philistines came from Caphtor"

Pada tahun 1964, setelah sengketa Arab-Israel telah bermula (pada 1948) Persatuan Liga Arab (Arab League) telah setuju menubuhkan PLO atau Palestine Liberation Organisation. 

At its first summit meeting in Cairo in 1964, the Arab League initiated the creation of an organization representing the Palestinian people. The Palestinian National Council convened in Jerusalem on 28 May 1964. After concluding the meeting, the PLO was founded on 2 June 1964.

Cara Penyelesaian Masalah Ini.

Israel telah ditubuhkan pada tahun 1948. 

Daripada tahun 1948 hingga 1967 (peperangan Arab-Israel yang kedua) kawasan Gaza adalah sebahagian daripada negeri Mesir di bawah pentadbiran Mesir.

Sebelum tahun 1948 Tebing Barat (West Bank) pula tidak wujud atau tidak dikenali sebagai Tebing Barat (West Bank). Tebing Barat adalah sebahagian daripada negeri Jordan di bawah pentadbiran Raja Jordan.

"Following the December 1948 Jericho Conference, Transjordan annexed the area west of the Jordan River in 1950, naming it "West Bank" or "Cisjordan", and designated the area east of the river as "East Bank" or "Transjordan". Jordan, as it was now known, ruled over the West Bank from 1948 until 1967"

Pada Peperangan Arab-Israel Kedua tahun 1967, tentera Israel telah menawan Gaza daripada Mesir dan mereka telah menawan Tebing Barat daripada Jordan.

Israel telah menduduki Gaza sehingga tahun 2005 dan mereka telah menduduki Tebing Barat sehingga 1994 (apabila Yasser Arafat menjadi presiden Palestine Authority yang pertama).

Perkara yang perlu kita faham ialah daripada tahun 1948 hingga 1967, Gaza adalah wilayah Mesir dan Tebing Barat adalah wilayah Jordan. Tidak ada sesiapa pun menuduh Mesir atau Jordan sebagai 'kuasa penjajahan' atau 'occupying forces".

Penduduk Arab di Gaza dan Tebing Barat tiada masalah menjadi sebahagian daripada Mesir (bagi Gaza) atau sebahagian daripada Jordan (Tebing Barat).

Pada pendapat saya untuk penyelesaian jangka panjang, Gaza harus dipulangkan kepada Mesir dan Tebing Barat harus dipulangkan kepada Jordan.

Kita juga harus faham bahawa keluarga di Raja Hashimiyah Jordan (Hashimite Kingdom of Jordan) juga adalah "pemegang waqaf" yang kekal bagi Masjid Al Aqsa dan juga "penjaga" gereja Kristian Church of the Holy Sepulchre di Baytul Muqaddis.

"Hashemite custodianship refers to the Jordanian royal family's role in tending Muslim and Christian holy sites in the city of Jerusalem. The legacy traces back to 1924 when the Supreme Muslim Council, the highest Muslim body in charge of Muslim community affairs in Mandatory Palestine, chose Hussein bin Ali (Sharif of Mecca) as custodian of Al-Aqsa. The custodianship became a Hashemite legacy administered by consecutive Jordanian kings.

In 2013, an agreement between Jordan and the Palestinian Authority recognized Jordan's role in Jerusalem's Muslim and Christian holy sites.

During the 20th century the Masjid Al-Aqsa and the Dome of the Rock were renovated four times by the Hashemite kingdom. In 2016, King Abdullah II participated in funding renovation of Christ's tomb in the Church of the Holy Sepulchre

Maksudnya Jordan mempunyai pertalian yang lama dengan urusan Masjid Al Aqsa dan gereja-gereja Church of Holy Sepulchre di Baytul Maqdis, jauh sebelum kemunculan "perjuangan Palestin", Hamas, Palestine Authority dsbnya.

Gaza harus dipulangkan kepada Mesir dan Tebing Barat harus dipulangkan kepada Jordan.  

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.