`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, November 18, 2024

Bonus penjawat awam Terengganu, tunggu MoF lulus, kata Dr Sam

 

Free Malaysia Today
Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata permohonan untuk memberikan bonus kepada penjawat awam negeri telah dibuat beberapa bulan lalu kepada MoF. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA
Kerajaan Terengganu menunggu kelulusan kewangan daripada Kementerian Kewangan (MoF) terlebih dulu sebelum mengumumkan pemberian bonus kepada penjawat awam negeri.

Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata pemberian insentif itu tidak diumumkan dalam belanjawan negeri.

“Dalam banyak keadaan, apa yang kita nak umumkan dari segi angka dan jumlah itu, kita kena mohon dahulu (MoF), dapatkan pengesahan bahawa ia akan diberi barulah kita laksanakan.

“Ada perkara yang dalam proses, surat telah dihantar sejak beberapa bulan lalu kepada MoF untuk dapat kelulusan, bila dapat kelulusan, baru boleh dilaksanakan termasuklah isu bonus dan sebagainya, Insya-Allah,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata demikian selepas pembentangan belanjawan negeri 2025 di Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Ketika ditanya jumlah bonus yang bakal diterima penjawat awam negeri, Ahmad Samsuri berkata, ia bergantung kepada kelulusan MoF. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.