KUALA BERANG Tiga individu dipercayai sekeluarga terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Ajil, Hulu Terengganu, petang ini.
Kenyataan awal bomba Terengganu memaklumkan panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada 4.59 petang sebelum 16 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Berang dibantu BBP Wakaf Tapai ke lokasi kejadian di Jalan Bukit Apit.
“Setiba di lokasi didapati tanah runtuh telah menghempap rumah. Mangsa pertama berjaya dikeluarkan pada 5.17 petang tadi.
“Pusat Gerakan Operasi (PGO) telah mengaktifkan Unit STORM (Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia) ke lokasi.
“Kerja-kerja operasi sedang dijalankan,” menurut kenyataan itu. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.