`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, November 29, 2024

Pemilihan Bersatu ikut demokrasi, Muhyiddin tak bimbang kartel

 

perhimpunan agung bersatu
Muhyiddin Yassin berkata tiada lagi isu berbangkit di kalangan ahli Bersatu selepas pemilihan tamat. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menyifatkan pemilihan parti itu terutama bagi jawatan ‘top 5’ bersifat demokrasi walaupun ada tanggapan sebaliknya kerana dilihat mengehadkan pemimpin tertentu mengintai jawatan lebih tinggi.

Katanya, formula digunakan bagi jawatan presiden hingga naib presiden digunakan selepas menerima pandangan pemimpin Bersatu yang menyerahkan kepadanya membuat keputusan pada pemukiman parti.

“Kalau lihat hari ini tak ada berbangkit lagi (isu pemilihan), perang tak sudah, aman tenteram kerana kita lihat dalam konteks lebih besar.

“Bukan saya pilih dan anjurkan, yang dapat sokongan bukan dapat 100% (undian) kerana yang buat keputusan adalah perwakilan sebab itu keputusan macam itu.


“Itulah proses demokrasi, biasa dalam pemilihan yang ada jawatankuasa pemilihan supaya ia berjalan baik,” katanya dalam wawancara FMT sempena Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) 2024 Bersatu bermula hari ini hingga Ahad.

Pada Konvensyen Bersatu Julai lalu, Muhyiddin berkata Setiausaha Agung Hamzah Zainudin dicadangkan memegang jawatan timbalan presiden, manakala Azmin Ali menggantikan kedudukan sedia ada Hamzah, menerusi ‘pelan kompromi’ bagi mengelakkan pertembungan jawatan tertinggi.

muhyiddin
Muhyiddin Yassin menolak kewujudan isu ‘kartel’ pada pemilihan parti lalu yang merujuk perpecahan Bersatu kepada beberapa kumpulan bagi menguasai jawatan.

Mengikut rundingan, Timbalan Presiden Ahmad Faizal Azumu akan berundur setapak untuk bertanding naib presiden bersama dua penyandang, Ahli Parlimen Beluran Ronald Kiandee dan Ahli Parlimen Putrajaya Radzi Jidin.

Pada pemilihan Bersatu awal bulan ini, Muhyiddin dan Hamzah masing-masing menang tanpa bertanding manakala Faizal, Kiandee serta Radzi menduduki tiga kerusi naib presiden. Azmin pula disahkan Muhyiddin akan memegang jawatan setiausaha agung.

Muhyiddin turut menolak kebimbangan kewujudan isu ‘kartel’ pada pemilihan parti lalu yang merujuk perpecahan Bersatu kepada beberapa kumpulan bagi menguasai jawatan.

Menurutnya, menerusi pemerhatiannya setiap sayap dalam Bersatu ‘bertaut semula’ selepas pemilihan berakhir.

“Tak ada masalah juga (kartel), saya orang lama dan saya kenal semua mereka tu, mereka ini adik, abang saya, anak saya pun begitu juga.

“Maksud saya persepsi itu biasa. Lebih-lebih nak pemilihan wujud (dakwaan) kem, sebenarnya tak ada begitu, dalam parti lain pun begitu akhirnya mereka bertaut balik sebagai satu pertubuhan padu,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.