`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, November 29, 2024

Selangor negeri terbaharu dilanda banjir

 

Pusat Penempatan Sementara
Situasi banjir di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis terus memburuk dengan jumlah mangsa terus meningkat malam tadi. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA
Selangor menjadi negeri terbaharu dilanda banjir apabila sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Klang akibat bencana itu

Mengikut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, setakat malam tadi, sebuah PPS dibuka di Dewan MPKK Bukit Kapar bagi menempatkan enam keluarga, lapor Berita Harian.

Exco Pengurusan Bencana Selangor Najwan Halimi, berkata hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan banjir di Jalan Kempas dan Jalan Sebaya, Kapar.

Katanya, mula naik kira-kira jam 7 petang semalam pada paras 0.1m hingga 0.3m dan menyebabkan kira-kira 50 rumah penduduk terjejas.

“Punca banjir dikenalpasti berikutan hujan sangat lebat dalam tempoh singkat di hulu kawasan bukit; sistem saliran dalaman yang tidak sempurna serta tidak dapat menampung kapasiti air larian yang tinggi.

“Saliran dalaman di kawasan Jalan Kempas tidak dapat menampung kapasiti larian air hujan dari kawasan tinggi dari Bukit Cerakah dan Bukit Kapar,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Ini menjadikan situasi banjir di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis terus memburuk dengan jumlah mangsa terus meningkat malam tadi.

Kelantan menjadi negeri terburuk dilanda banjir seramai 50,947 orang yang dipindahkan ke 207 PPS malam tadi.

Di Terengganu, mangsa banjir malam ini bertambah kepada seramai 17,762 orang yang berlindung di 206 PPS berbanding 14,111 orang petang semalam, dengan Besut mencatat jumlah mangsa tertinggi iaitu 7,263 orang di 81 PPS.

Di Kedah, jumlah mangsa yang direkodkan malam tadi meningkat 2,210 orang dengan Kota Setar merupakan daerah terbaru dilanda banjir.

Pertambahan mangsa banjir juga direkodkan di Perlis apabila empat PPS yang beroperasi menempatkan 415 mangsa malam tadi, berbanding 383 orang pada petang semalam.

Jumlah mangsa di Perak tidak berubah dengan 20 mangsa daripada tujuh keluarga masih berlindung di PPS SK Haji Parit Aman di Kerian.- FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.