PETALING JAYA: Perbincangan parti kerajaan perpaduan di Pahang mengenai lantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) hampir 90% selesai.
Pemimpin Umno Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad, berkata sebaik ketua parti komponen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) memuktamadkan perbincangan perkara itu akan disampaikan kepada kerajaan negeri untuk membuat lantikan.
“Soal pembahagian jawatan JKKK dan PBT diselesai di peringkat kepimpinan parti bukan kerajaan negeri, apa yang kepimpinan parti (BN-PH) setuju itu akan dicadang kepada kerajaan negeri dan kerajaan negeri akan merealisasikan perkara itu.
“Perbincangan itu setakat ini 90% hampir selesai, wakil BN akan ada jawatan dan PH akan ada dapat jawatan JKKK, PBT dan sebagainya,” kata exco hal ehwal agama Islam, kemajuan desa dan hal ehwal Orang Asli Pahang kepada FMT.
Adun Kerdau itu turut memaklumkan terdapat lebih 600 jawatan JKKK di Pahang.
Syed Ibrahim yang juga pengerusi hal ehwal agama Umno Pahang berkata, hubungan BN-PH semakin serasi dan tiada sebarang konflik besar berlaku termasuk dalam pentadbiran kerajaan negeri.
BN dan PH masing-masing menang 17 serta lapan daripada 42 kerusi DUN Pahang membentuk kerajaan perpaduan selepas PRU15. Selebihnya iaitu 17 kerusi dikuasai Perikatan Nasional. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.