`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Wednesday, February 4, 2026

NS perlu tambahan 3,600 guru, 450 bilik untuk murid Tahun 1

Ia bagi 16,346 murid berusia tujuh tahun, dan 16,018 orang berusia enam tahun sekiranya ibu bapa menghantar anak bersekolah pada usia lebih awal.

murid tahun 1
Menteri Besar Aminuddin Harun berkata Negeri Sembilan memerlukan penambahan bilik dan guru bagi memastikan sesi pembelajaran berjalan lancar. (Gambar Bernama)
SEREMBAN:
 Negeri Sembilan memerlukan sekurang-kurangnya tambahan 3,600 guru dan 450 bilik bagi menampung 32,364 murid Tahun 1 yang dijangka mendaftar bagi sesi persekolahan 2027.

Jumlah itu melibatkan murid berusia tujuh tahun (16,346) yang akan memasuki Tahun 1, dan enam tahun (16,018 orang) sekiranya ibu bapa memilih untuk menghantar anak bersekolah pada usia lebih awal.

Menteri Besar Aminuddin Harun berkata keperluan penambahan bilik dan guru itu sangat penting bagi memastikan sesi pembelajaran berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

“Bagaimanapun, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) akan meneliti keperluan sebenar 450 kelas tambahan itu dengan melihat kapasiti pelajar di sesebuah sekolah.

“Sekolah di kawasan luar bandar mungkin tidak menghadapi masalah, tetapi di bandar, terutamanya Seremban, Nilai, Sendayan dan Port Dickson mungkin mengalami isu kepadatan murid serta pelaksanaan dua sesi persekolahan yang kini dilaksanakan,” katanya selepas mesyuarat exco.

Aminuddin berkata isu kepadatan murid antara fokus yang memerlukan perhatian segera, dan langkah penyelesaian diharap dilaksanakan lebih awal melalui kajian terperinci dengan penambahbaikan berterusan.

Kerajaan negeri berharap Kementerian Pendidikan mempertimbangkan penyediaan tambahan guru di Negeri Sembilan bagi menghadapi peningkatan kemasukan murid pada tahun hadapan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.