Majlis Bandaraya Seremban mengeluarkan tiga kompaun atas kesalahan menjalankan perniagaan dan pamer iklan tanpa kebenaran serta tidak menjaga kebersihan dan tiada jadual pembersihan tandas.

Majlis Bandaraya Seremban (MBS) mengeluarkan tiga kompaun berjumlah RM750 kepada pemilik perniagaan atas kesalahan menjalankan perniagaan dan mempamerkan iklan tanpa kebenarannya serta tidak menjaga kebersihan dan tiada jadual pembersihan tandas.
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan berkata, arahan penutupan premis dilakukan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan notis kompaun dikeluarkan bawah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.
“Kami mengambil maklum aduan tular di media sosial mengenai pengendali makanan mencuci saki-baki makanan seperti daging ayam, daging kambing dan tauhu.
“Ia didakwa daripada lebihan masakan tidak habis dijual untuk dimasak semula keesokan hari yang dipercayai berlaku di sebuah restoran di Seremban.
“Jabatan ini sudah menjalankan siasatan terhadap restoran berkaitan,” katanya menurut Berita Harian sambil menegaskan ia memandang serius isu kebersihan dan keselamatan makanan.
Jelasnya, pengabaian aspek kebersihan dan keselamatan makanan boleh menyebabkan keracunan makanan.
“Orang ramai dinasihatkan sentiasa mengutamakan keselamatan makanan dengan mengamalkan ‘Perhati dan Pilih’ ketika memilih premis makanan serta amalkan ‘Lihat Hidu Rasa’ kerana ia langkah paling mudah mengelakkan keracunan makanan.” - FMT


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.