Ketua Polis Subang Jaya, Wan Azlan Wan Mamat berkata mangsa disyaki dipukul dan didera ibu saudara serta dua sepupunya.

Ketua Polis Subang Jaya, Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menyerbu rumah itu pada petang semalam selepas menerima laporan daripada orang awam mengenai kejadian yang menimpa mangsa.
“Siasatan awal mendapati mangsa tinggal bersama suspek yang merupakan ibu saudaranya berusia 49 tahun serta dua sepupu wanita dan lelaki masing-masing berusia 24 tahun dan 17 tahun.
“Kejadian dipercayai melibatkan perbuatan memukul serta penderaan terhadap mangsa,” katanya dalam kenyataan menurut Sinar Harian.
Katanya, susulan itu polis menahan ketiga-tiga suspek bagi membantu siasatan.
“Semua suspek direman selama tiga hari sehingga 6 Feb ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
“Kertas siasatan akan dilengkapkan dengan kadar segera sebelum dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk arahan selanjutnya,” katanya. - FMT


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.