Perdana menteri dan keluarga naiki ETS3 dari JB Sentral pada 4 petang.

“Alhamdulillah Johor, (selesai) melawat,” katanya ringkas sebelum berlepas pulang dari Stesen JB Sentral ke Kuala Lumpur.
Beliau turut ditemani isteri, Dr Wan Azizah Ismail, dan diiringi Ketua Pegawai Operasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Afzar Zakariya.
Perdana menteri dan keluarga tiba di JB Sentral pada 3.27 petang sebelum menaiki perkhidmatan ETS pada 4 petang.
Anwar turut meluangkan masa berbual serta bergambar bersama pengunjung dan kakitangan di terminal berkenaan.
Beliau tiba di Johor Bahru kira-kira 3.10 petang semalam dengan menggunakan perkhidmatan sama.
Ketika lawatannya ke Johor, perdana menteri meluangkan masa melawat Zoo Johor bersama cucu-cucunya, beramah mesra dengan pengunjung dan menerima penerangan mengenai perkembangan semasa premis tersebut.
Beliau turut berharap agar zoo berkenaan terus diperkasakan sebagai aset rekreasi, pendidikan dan warisan negeri yang memberikan manfaat kepada rakyat.
Pagi tadi, Anwar melawat Muzium Diraja Abu Bakar yang menghimpunkan khazanah diraja serta warisan sejarah dan kebudayaan Kesultanan Johor.
Dalam hantaran Facebook, beliau memuji usaha kerajaan negeri atas ikhtiar berterusan dalam menaik taraf aset warisan serta memperhebat tarikan pelancongan negeri sejajar aspirasi Tahun Melawat Johor 2026 (TMJ2026). - FMT


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.