Kebakaran membabitkan sebuah blok rumah pekerja dua tingkat milik sebuah syarikat perkapalan di Bintulu awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.01 pagi.
“Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu yang tiba di lokasi kejadian pada 1.10 pagi mendapati kebakaran melibatkan satu blok rumah pekerja dua tingkat jenis struktur tidak kekal terdiri daripada 28 pintu dengan anggaran keluasan 30.48 x 9.144 meter persegi itu telah terbakar sepenuhnya,” menurut kenyataan itu.
Mayat kedua-dua mangsa, Taun Nyaring, 61, dan cucunya Melbourne Jeasy, 14, ditemukan pada 4.20 pagi dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Kebakaran turut menjejaskan empat motosikal dengan tiga daripadanya musnah sepenuhnya manakala sebuah lagi terbakar kira-kira 40%.
JBPM Sarawak memaklumkan kebakaran dapat dikawal pada 1.28 pagi manakala operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada 5.30 pagi setelah keadaan disahkan selamat.
Punca dan jumlah kerugian akibat kebakaran sedang disiasat. - FMT


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.