`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Friday, February 27, 2026

MAHB kenakan penalti RM9.1 juta kepada kontraktor aerotrain KLIA

 Kementerian Pengangkutan berkata penalti RM100,000 sehari dikenakan selama 91 hari, bermula 1 April hingga 30 Jun 2025.

aerotrain klia
Kementerian Pengangkutan berkata penalti itu dikenakan atas kegagalan menyiapkan projek aerotrain baharu di KLIA. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
 Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengenakan penalti ganti rugi tertentu dan ditetapkan (LAD) sebanyak RM9.1 juta kepada kontraktor Alstom dan usaha sama IJM Construction Sdn Bhd serta Pestech Technology Sdn Bhd (IPJV).

Kementerian Pengangkutan berkata, tindakan itu susulan kegagalan mereka menyiapkan projek aerotrain baharu di Kuala Lumpur International Airport (KLIA).

Penalti itu dikenakan selama 91 hari, bermula 1 April hingga 30 Jun 2025.

“Seperti termaktub dalam kontrak, jumlah LAD dikenakan sebanyak RM100,000 sehari atau jumlah keseluruhan sebanyak RM9.1 juta,” katanya menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Dewan Rakyat.

Kementerian itu menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) berhubung jumlah LAD atau penalti dikenakan MAHB kepada Alstom dan IPJV ekoran kegagalan menyampaikan projek aerotrain baharu secara memuaskan.

Terdahulu, MAHB berkata, penilai kereta api bebas mengesahkan sistem aerotrain KLIA beroperasi seperti dirancang, dengan gangguan perkhidmatan diperhatikan sejak ia beroperasi adalah biasa dihadapi pada fasa operasi awal sistem kereta api kompleks.

Penilai itu mendapati gangguan tersebut tidak menimbulkan risiko keselamatan kerana kawalan kejuruteraan berstruktur dan pemantauan berterusan disediakan untuk menguruskan isu tersebut dengan berkesan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.