`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Sunday, February 1, 2026

Water Musical Festival diteruskan, namun program akan disusun semula

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata, kerajaan akan susun semula acara itu untuk kurang perkara timbul kontroversi.

zahid hamidi
Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi ulas kebimbangan masyarakat, khususnya umat Islam, berhubung kesesuaian penganjuran Water Musical Festival di Bukit Bintang sempena TMM2026. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
 Water Musical Festival yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari bermula 1 Mei ini akan diteruskan, namun programnya akan disesuaikan agar selari dengan nilai budaya Malaysia.

Utusan Malaysia melaporkan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata, kerajaan akan menyusun semula acara itu untuk mengurangkan perkara yang menimbulkan kontroversi.

“Kita akan sesuaikan program tersebut supaya perkara-perkara yang menjadi kontroversi dan polemik ini dapat dikendurkan,” katanya pada acara KL Music Night Run di Pavilion Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kebimbangan masyarakat, khususnya umat Islam, berhubung kesesuaian festival itu, susulan pengumuman berhubung penganjuran acara itu mengundang reaksi negatif di media sosial.

Desakan agar acara tersebut dibatalkan turut timbul ekoran dakwaan ia tidak menepati norma budaya dan sensitiviti agama di negara ini.

Terdahulu diumumkan Water Musical Festival akan dianjurkan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) di Bukit Bintang, sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).

Pada 28 Jan lepas, Pemuda PAS menggesa agar penganjuran acara itu dinilai semula kerana didakwa tidak selari dengan budaya tempatan serta berpotensi menjejaskan keharmonian sosial dan kelancaran mobiliti bandar.

Pengerusi Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Dewan Pemuda PAS Sukri Omar berkata, walaupun pihaknya menyokong usaha kerajaan memperkukuh sektor pelancongan negara, namun bantahan itu dibuat khususnya terhadap pemilihan lokasi, bentuk penganjuran festival, dan kesannya terhadap mobiliti bandar serta operasi peniaga kecil. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.