Sila baca komen saya di bawah.
MKM menyeru golongan muda dalam PKR, khususnya mahasiswa, supaya menilai semula pendirian masing-masing terhadap perjuangan parti itu.
Portal berita Malaysiakini melaporkan sebentar tadi majoriti ahli Majlis Pimpinan Pusat Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) yang memenangi pemilihan sayap PKR itu baru-baru ini mengumumkan hilang kepercayaan terhadap parti ...
Kumpulan mahasiswa itu pada satu kenyataan menjelaskan keputusan berkenaan dibuat selepas kepimpinan baru MKM melakukan penilaian kritikal terhadap hala tuju parti yang didakwa semakin menjauh daripada semangat reformasi asal.
"Parti yang suatu ketika dahulu membawa semangat reformasi, keberanian melawan penyalahgunaan kuasa dan perjuangan membela suara rakyat kini semakin jauh daripada prinsip perjuangan asal.
"Ianya pernah diyakini oleh ramai anak muda dan mahasiswa, tetapi kini kami hilang keyakinan," kata kenyataan itu.
MKM sayap mahasiswa PKR yang ditubuhkan bagi membawa suara mahasiswa universiti awam dan swasta.
MKM juga sebelum ini dikenali kerana pendiriannya yang lantang membantah dasar kerajaan yang dilihat mengekang kebebasan bersuara di kampus.
Pelbagai siri demonstrasi dan kempen kesedaran turut dianjurkan di seluruh negara sebagai sokongan terhadap agenda reformasi.
MKM menyeru golongan muda dalam PKR, khususnya mahasiswa, supaya menilai semula pendirian masing-masing terhadap perjuangan parti itu.
"Kesetiaan kepada perjuangan tidak seharusnya mengatasi keberanian untuk mempertahankan prinsip," katanya.
Sementara itu, jurucakap MKM memaklumkan kepada portal itu bahawa pihaknya akan mengadakan sidang media esok bagi mengumumkan secara rasmi hala tuju baru organisasi berkenaan.
"Sidang media yang akan berlangsung tarikh 11 Mei 2026, jam 8:30 malam di Restoran Amjal itu akan menyentuh secara terperinci pendirian rasmi MKM serta langkah seterusnya selepas perkembangan semasa melibatkan PKR dan kepimpinannya," katanya.
MY COMMENTS:
The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.




No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.