APMM rampas peket minyak masak dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Muhamad Suhairy Hussain, berkata rampasan pada 3 pagi itu dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat sebuah perahu dalam keadaan mencurigakan.
“Sepasukan anggota yang melaksanakan operasi rutin diatur gerak ke lokasi dan sebaik menyedari kehadiran anggota penguat kuasa, individu yang berada di perahu terbabit bertindak terjun ke laut serta meloloskan diri ke kawasan bakau berhampiran.
“Pemeriksaan dalam perahu menemukan 100 bungkusan plastik hitam berisi peket minyak masak bersubsidi. Beberapa bungkusan sama turut dijumpai terapung di permukaan laut dipercayai dibuang oleh suspek,” menurut kenyataan.
Usaha mengesan individu terlibat sedang giat dijalankan. Perahu bersama kira-kira 1,700 peket minyak disyaki disimpan tanpa kebenaran sah itu dibawa ke Jeti Zon Maritim Sandakan untuk tindakan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan.- FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.