`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 






Saturday, June 20, 2026

2 maut, 7 cedera dalam kemalangan 3 kenderaan di Chini

 Bomba berkata kemalangan itu membabitkan kenderaan MPV Toyota Alphard, Honda Civic dan pacuan empat roda Isuzu D-Max.

Keadaan kenderaan yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Kuantan-Segamat, di Chini, Pekan petang tadi. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Dua maut manakala tujuh lagi cedera selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kuantan-Segamat, di Chini, Pekan petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, kemalangan pada 5.57 petang itu melibatkan sebuah kenderaan MPV Toyota Alphard, Honda Civic dan pacuan empat roda Isuzu D-Max.

Katanya, dua mangsa yang maut dalam kemalangan itu adalah pemandu Toyota Alphard dan pemandu Honda Civic, lapor SInar Harian.

Menurutnya, kemalangan itu turut mengakibatkan dua penumpang Toyota Alphard berusia 15 dan 35 tahun, termasuk seorang wanita, cedera.

“Penumpang hadapan kereta Honda Civic dilaporkan parah, manakala tiga penumpang lain termasuk seorang warga emas dan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun mengalami kecederaan,” katanya.

Tambahnya, pemandu Isuzu D-Max hanya mengalami kecederaan ringan.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba Chini dengan bantuan anggota Balai Bomba Muadzam Shah bergegas ke lokasi bagi menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.