Ketua Bersatu Johor berkata parti itu lihat Muda dan Pejuang sebagai rakan sehaluan, susulan tiada lagi kerjasama politik Bersatu dan PAS.

Beliau berkata perbincangan itu berjalan baik, selain menyifatkan Muda antara parti yang mempunyai hala tuju sehaluan dengan Bersatu.
“Kita ada kawan-kawan macam Muda dan Pejuang yang sehaluan dengan kita.
“Memang ada perbincangan kerjasama. Setakat ini dah 80% dengan Muda,” katanya kepada FMT ketika ditanya perkembangan rundingan antara kedua-dua parti itu.
Presiden Muda Amira Aisya Abd Aziz semalam berkata hubungan Muda dan Bersatu di Johor berada dalam keadaan baik, namun sebarang bentuk kerjasama masih belum dimuktamadkan.
Perkembangan itu juga hadir ketika Bersatu tidak lagi mempunyai kerjasama politik dengan PAS susulan krisis Perikatan Nasional (PN).
Sebelum kerjasama PAS-Bersatu terputus, Sahruddin yang juga pengerusi PN Johor berkata gabungan itu bersedia bertanding semua 56 kerusi DUN di negeri berkenaan.
Naib Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu, baru-baru ini berkata parti itu bergerak dahulu dalam berdepan PRN Johor 11 Julai depan susulan kelewatan Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar merangka strategi.
Mendakwa tiada mesyuarat gerak kerja dipanggil Samsuri, Faizal berkata Bersatu tidak boleh menunggu ‘isyarat PAS’ dan mengerakkan jentera bersama rakan dalam Ikatan Prihati Rakyat (IPR), Muda serta Pejuang.
Pesuruhjaya PAS Johor, Mahfodz Mohamed, pada 10 Jun lalu pula berkata partinya akan membina jajaran politik baharu selepas kerjasama politik dengan Bersatu ditamatkan.
Menurutnya, kerjasama pilihan raya itu membabitkan Pejuang, Putra, Berjasa dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman).
PAS juga bakal bekerjasama dengan Parti Wawasan Negara yang dikatakan akan menggunakan logo PN seperti diumumkan Presiden PAS Hadi Awang, 13 Jun lalu. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.