`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Sunday, June 28, 2026

Isu calon ‘kitar semula’ perlu ditangani secara berhemah, tak ganggu fokus BN, kata ahli MKT

 Mahdzir Khalid berkata, dakwaan dibangkitkan Puad Zarkashi itu hanya naratif lama, sering kali diulang tiap kali pilihan raya.

Mahdzir Khalid di Pelancaran Jentera BN bagi DUN N21
Ahli MKT Umno Mahdzir Khalid hadiri Majlis Pelancaran Jentera BN bagi DUN Parit Yaani dan Parit Raja di Dataran Tanjung Simpang, Tongkang Pechah, yang disempurnakan Pengerusi BN Zahid Hamidi.
BATU PAHAT:
Semua isu yang timbul menjelang PRN Johor perlu ditangani secara berhemah supaya tidak mengganggu fokus Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya, kata ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Mahdzir Khalid.

Beliau berkata, dakwaan Puad Zarkashi, yang sebelum ini turut menganggotai MKT, kononnya BN mempertaruhkan calon ‘kitar semula’ hanyalah naratif lama yang sengaja diulang setiap kali menjelang pilihan raya dan tidak menjejaskan gerak kerja parti.

Menurutnya, budaya dalam BN sejak dahulu tidak pernah mengajar pemimpinnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung atau menjatuhkan imej mana-mana pihak.

“Lumrah manusia apabila berada dalam keadaan marah, segala perkara baik sebelum ini boleh berubah persepsi. Emosi kadangkala menguasai pertimbangan sehingga perkara kecil dibesar-besarkan.

“Apabila seseorang terlalu emosional, apa sahaja boleh diungkapkan tanpa pertimbangan rasional dan akhirnya mudah disalah tafsir,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pelancaran Jentera BN bagi DUN Parit Yaani dan Parit Raja di Dataran Tanjung Simpang, Tongkang Pechah, yang disempurnakan Pengerusi BN Zahid Hamidi.

Terdahulu, Puad berkata, Umno berdepan risiko ditolak oleh pengundi muda lantaran calon-calon yang dipertaruhkan parti itu untuk PRN Johor.

Katanya, Umno sepatutnya dipimpin generasi keempat seperti Pengerusi BN Johor Onn Hafiz Ghani, namun malangnya, ramai calon Umno daripada ‘generasi ketiga’.

Beliau juga mendakwa Umno membariskan calon ‘kitar semula’ yang kebolehannya diragui, serta ‘anti aspirasi anak muda’.

Mengulas persediaan pilihan raya, Mahdzir berkata, jentera di kawasan Sri Gading, Parit Raja, Parit Yaani dan Semerang kini berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi.

Katanya, semua pusat daerah mengundi beroperasi dengan baik termasuk dalam urusan penghantaran bahan kempen, sekali gus menunjukkan jentera akar umbi BN bersedia sepenuhnya menghadapi pilihan raya.

“Malah pasukan dari Kedah turut turun membantu jentera tempatan di Johor sebagai sebahagian usaha memperkukuh gerak kerja pilihan raya,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.