`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Monday, August 17, 2026

Raja Perlis terima menghadap ketua pesuruhjaya SPRM

 Pertemuan cermin komitmen berterusan terhadap usaha perkukuh integriti, akauntabiliti serta tadbir urus baik sampai perkhidmatan kepada rakyat.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (tengah) berkenan berangkat menerima mengadap Ketua Pesuruhjaya SPRM Abdul Halim Aman (kiri) di Balai Mengadap Biru, Istana Arau, hari ini.
PETALING JAYA:
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima menghadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abdul Halim Aman di Istana Arau hari ini.

Berangkat sama, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Menurut Istana Arau, majlis menghadap itu mencerminkan komitmen berterusan terhadap usaha memperkukuh integriti, akauntabiliti serta tadbir urus baik dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat selaras kepentingan memastikan setiap amanah dipertanggungjawab dilaksanakan penuh ketelusan dan berintegriti.

“Dalam konteks pentadbiran negeri, penerapan nilai integriti dan budaya antirasuah merupakan elemen penting berpaksikan ‘rule of law’ yakni kedaulatan undang-undang dalam membina keyakinan rakyat terhadap institusi serta memastikan kelangsungan sistem penyampaian yang cekap, telus dan berakauntabiliti,” menurut kenyataan oleh Istana Arau.

Abdul Halim, sebelum ini bekas hakim Mahkamah Tinggi, memulakan tugas sebagai ketua pesuruhjaya SPRM baharu pada 13 Mei lepas, menggantikan Azam Baki yang tamat perkhidmatan pada 12 Mei. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.